Connect with us

“Cukup Setakat Ini Sahaja, Ini Terlalu Peribadi” Kata Suami Lufya Omar

Umum

“Cukup Setakat Ini Sahaja, Ini Terlalu Peribadi” Kata Suami Lufya Omar

Gambar sumber dari tangkapan skrin akaun Instagram Dr Che Muhammad Hafiz

Sebelum ini tular kisah rumah tangga seorang pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang didakwa oleh netizen dipercayai dipukul oleh suaminya sendiri, Dr Che Muhammad Hafiz Baharum.

Nampaknya kisah rumah tangga mereka sudah sampai ke kepuncak apabila Dr Che Muhammad Hafiz Baharum bertindak menceraikan Lufya dengan menggunakan Whatsapp minggu lalu.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga. Biarlah kami sahaja yang tahu punca perceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum,” kata Dr Che Muhammad Hafiz Baharum.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan berkongsi apakah punca yang menyebabkan berlakunya penceraian. Menurut beliau, tujuannya untuk tidak mendedahkan adalah mahu menjaga hati banyak pihak dan tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi lain.

Sebelum itu, Lufya sudah mendedahkan keretakan rumah tangga yang berlaku anatara beliau dan suaminya, kerana dakwanya, suaminya sering melakukan kesalahan yang sama berulang kali dan lari dari tanggungjawab selama 3 bulan setengah berturut-turut.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem


Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top