Connect with us

Oh! Media

Cuba Korang Bayangkan Ada Iklan Di Dalam Status WhatsApp

Umum

Cuba Korang Bayangkan Ada Iklan Di Dalam Status WhatsApp

Aplikasi WhatsApp merupakan satu medium sosial yang boleh dikatakan sebagai keperluan bagi semua orang bagi terus berhubung dan mendapatkan perkongsian sumber maklumat dengan cepat. WhatsApp juga menjadi kegunaan semua orang kerana ia bebas dari sebarang iklan yang kadang-kadang membuat kita berasa agak kurang selesa dengan iklan yang banyak.

ADVERTISEMENT

Tetapi, dijangkakan pada tahun 2020, aplikasi WhatsApp yang telah dimiliki Facebook telah bercadang untuk memaparkan iklan pada aplikasi ini dan iklan ini akan diletakkan di ‘status whatsapp’ pengguna.

Ia turut disahkan oleh Facebook Marketing Summit yang berlangsung di Belanda dan pengiklanan ini adalah setahun lebih lewat berbanding yang dilaporkan tahun lalu. Jadi selepas ini kita mungkin akan dapat melihat iklan sama seperti format iklan yang dilihat dalam Instagram Stories.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas