Connect with us

Oh! Media

CSR Neelofa Bersama Neelofa Team Terus Bantu Beri Keperluan Rumah Bagi Keluarga Susah

adadpng

Umum

CSR Neelofa Bersama Neelofa Team Terus Bantu Beri Keperluan Rumah Bagi Keluarga Susah

Macam-macam berita yang kita dengar dari kalangan artis, ada yang baik dan ada juga yang kurang baik. Tetapi, buat pengacara dan pelakon wanita iaitu Neelofa kini telah mengambil inisiatif untuk membantu 10 keluarga yang memerlukan menerusi aktiviti kemasyarakatan CSR Neelofa x Neelofa Team.

Neelofa berkata, aktiviti ini diteruskan sejak ia dilakukan sepanjang tahun lalu bersama Neelofa Team dan pada kali ini Neelofa memilih untuk melakukan pada skala yang lebih besar dan mensasarkan kepada kumpulan yang lebih luas.

Menurut Neelofa, setiap keluarga yang dilawati mempunyai kisah tersendiri.

IKLAN

“Sebagai contoh, kami melawat sebuah keluarga yang bapanya kini terlantar sakit akibat penyakit kusta dan kedua kakinya terpaksa dipotong.

“Sejujurnya, aktiviti sebegini memberikan satu pengalaman yang sangat membuka mata saya tentang erti kehidupan dan pengorbanan,” katanya lagi.

Neelofa juga turut menyumbangkan kelengkapan rumah seperti set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak dan juga sedikit sumbangan kewangan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas