Connect with us

Oh! Media

“Come On Scammers, Improve Lah” – Fadzil Zahari

Umum

“Come On Scammers, Improve Lah” – Fadzil Zahari

Korang pernah terkena dengan scammers tak? Tak kira lah dengan pelbagai cara pun, mesti ada je taktik scammers nak dapatkan duit mangsa. Dia ingat orang Malaysia ni tak pandai agaknya nak main permainan dia balik hahaha. Baru-baru ini, adik kepada Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari terkena dengan panggilan scammers.

ADVERTISEMENT

Scammer ni call abang hari Sabtu lepas… Hati hati dengan no fon 0192604819 ni, call cakap ada kes mahkamah… Bagi yang jenis menggelabah biawak, mesti akan terus bagi no IC sebenar, orang minta akaun bank pun mesti terus bagi, sabaq… relaks dulu, cuba tangguhkan perbualan atau tindakan seterusnya yang hangpa nak buat. Abang relaks ja sebab ni call yg dah ke 5, dulu ada depa call juga cakap ada kes langgar lari, abang sewa kereta kat Johor Honda Civic plat apa jadah tak tau, dah langgar seseorang, pastu dia sambungkan ke balai Polis mana ntah. Pastu bila dia cakap minta bank in certain amount duit utk settlekan kes ni, abang cakap “hang mai tangkap aku kat rumah la aku tunggu” terus dia letak telefon. 😌 tipsnya, apa yang jadi pun elakkan menggelabah biawak, tak gelabah insyaAllah selamat.
A post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on


Yang peliknya, scammer tu call menyamar sebagai pihak mahkamah yang bekerja pada hari Sabtu sebab ya lah, nak tipu mangsa kan. Bila Fadzil dah bagi nombor kad pengenalan yang palsu, dia terus letak gais. Haa orang macam ni hati-hati ya bila jawab call ke apa sebab diorang ni akan memastikan korang masuk perangkap diorang tau.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Wayang


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas