Connect with us

Oh! Media

CIMB Tewas Kes Mahkamah Kerana Kontrak Berat Sebelah

Umum

CIMB Tewas Kes Mahkamah Kerana Kontrak Berat Sebelah

Perjuangan dalam menegakkan hak pengguna oleh sepasang suami isteri warganegara British terhadap bank terkemuka, CIMB Bank akhirnya berpihak kepada pasangan tersebut secara rasmi minggu lepas. Kes yang telah diperjuangkan hampir 3 tahun lalu mengenai fasal pengecualian yang dikemukakan oleh pihak bank berkenaan terhadap pinjaman rumah oleh pasangan tersebut.

ADVERTISEMENT

Dalam temubual bersama pihak Free Malaysia Today, Anthony Lawrence Bourke berkata jangan pernah takut untuk mempersoalkan kontrak yang tidak adil dan hak sebagai pengguna. Beliau kini sudah menetap di United Kingdom bersama isterinya memberitahu pengguna perlulah mendapatkan bantuan daripada pihak undang-undang dengan kadar segera untuk menyelesaikan masalah sebegini.

Keputusan kes ini telah dikendalikan oleh 3 panel hakim iaitu Datuk Seri Balia Yusof Wahi, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Tan Sri Azahar Mohamed. Hakim Datuk Seri Balia Yusof Wahi memutuskan terdapat kepincangan antara kedua belah pihak dalam perjanjian dan telah mengambil keputusan untuk membatalkan rayuan CIMB Bank.

Pasangan tersebut mengakui sempat berasa penat dengan proses perundangan yang panjang dan rumit tetapi keputusan mahkamah rayuan sedikit sebanyak telah menaikkan semangat mereka dan bertambah yakin akan kreadibiliti badan perundangan Malaysia. Menurut peguam yang mewakili pasangan ini, Ong Yu Jian pasangan ini mula terlibat dalam kes tersebut apabila membuat keputusan untuk membeli rumah di Malaysia dibawah program “Malaysia My Second Home”.

Pada tahun 2008, pinjaman sebanyak RM715,000 telah diluluskan untuk pasangan tersebut memiliki rumah yang sedang dalam proses pembinaan daripada pemaju.

Pada tahun 2014, pihak pemaju mengemukakan surat bayaran berjumlah RM25,557.12 untuk tujuan pemeriksaan tapak rumah. Akan tetapi bayaran gagal dijelaskan oleh pihak CIMB menyebabkan pihak pemaju terpaksa membatalkan perjanjian jual beli rumah pasangan tersebut setahun kemudian.

Keadaan ini memaksa Mahkamah Rayuan untuk menetapkan kerugian harus ditanggung oleh pihak bank akibat perlanggaran kontrak dan tort.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas