Connect with us

Oh! Media

Cikgu Sekolah Menengah Ditahan Polis Ketika Sedang Berlumba

Umum

Cikgu Sekolah Menengah Ditahan Polis Ketika Sedang Berlumba

Adoi apa dah jadi ni cikgu? Mesti darah muda tak habis lagi kan. Ohmedia pun tak tahu la kelakar atau nak kesian bila baca laporan dari Sinar Harian tadi yang mengatakan seorang guru sekolah menengah telah ditahan pihak polis ketika sedang berlumba haram. Berlumba dengan siapa agaknya?

ADVERTISEMENT

Haa, menariknya lagi bila cikgu ini sedang berlumba dengan seorang tukang masak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan awal pagi tadi. Hebat cikgu korang sekarang kan?

Tapi korang tak boleh salahkan semua cikgu tau, sebab cikgu ni bagi Ohmedia tidak boleh mewakili seluruh cikgu di Malaysia yang berdedikasi sebab cikgu lelaki ni masih dalam tempoh percubaan untuk mengajar di sekolah menengah. Apa agaknya motor yang cikgu muda ni pakai?

Pihak polis memaklumkan, cikgu berkenaan menunggang motor jenis Yamaha YZF-R1 dan tukang masak pula memakai motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilia RSV4. Apa korang ingat motor EX5 ke?

Harap cikgu tak gagal lah dalam percubaan menjadi seorang guru ni ya dan jika berjaya, harap dapat mendidik anak murid untuk tidak sekali-kali berlumba haram.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas