Connect with us

Oh! Media

Chef Wan Hampir Bersemuka Dengan Najib Di Restoran Yang Sama Tapi Tak Jadi

Umum

Chef Wan Hampir Bersemuka Dengan Najib Di Restoran Yang Sama Tapi Tak Jadi

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan nyaris bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran Jepun, di ibu kota.

ADVERTISEMENT

Berkongsi cerita berkenaan dengan pengikutnya dalam laman sosial Instagram miliknya hari ini, Chef Wan berkata, beliau telah pergi ke sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota untuk menikmati makan malam.

Sebaik sahaja duduk, menurut Chef Wan, pelayan restoran itu memberitahu bahawa Najib turut menjamu selera di restoran sama.

“Pada mulanya saya menganggap itu hanyalah gurauan sahaja tetapi apabila melihat sekeliling, ya! beliau (Najib) memang berada di situ sedang makan malam dengan seorang lelaki lain. Ada aku kisah?,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik hari ini.

Pertelingkahan antara Chef Wan dengan Najib bermula selepas chef selebriti itu menyifatkan golongan peneroka Felda bukan sahaja malas bekerja untuk memajukan tanah Felda, sebaliknya hanya berharap sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

Menerusi status dalam laman Facebook miliknya, Najib kemudiannya secara sinis menyindir Chef Wan bahawa Tokoh Ikon Felda itu telah dirasuk syaitan dan akan meminta maaf susulan mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram mengenai golongan peneroka Felda.

Menyedari perkara itu, Chef Wan membalas sindiran Najib dengan menuduh Ahli Parlimen Pekan itu sebagai tidak memahami maksud di sebalik kenyataan yang ditulisnya dan bekas Perdana Menteri itu telah bersikap hipokrit.

Kredit: UTUSAN ONLINE

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas