Connect with us

Oh! Media

CEO Finas Dikecam Teruk Dengan Netizen Sebab Netflix? Seriously!?

Umum

CEO Finas Dikecam Teruk Dengan Netizen Sebab Netflix? Seriously!?

Baru-baru ini, korang pun tahu yang CEO Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri memberi cadangan untuk menapis Netflix di negara ini sebab boleh memberi kesan negatif terhadap pembangunan minda anak-anak.

ADVERTISEMENT

Salam Semua. Di sini saya ingin memperjelaskan perihal kenyataan media yang mana tajuk utamanya mengatakan Finas akan usul pada Kerajaan untuk tapis Netflix. Untuk makluman, semasa Seminar Keluarga Sejahtera 2019 di UTM KL, saya berkata saya mengambil maklum keluhan ibubapa di zaman siber ini yg bertanyakan akan kemasukan cerita cerita yg tidak ditapis. Apa yg saya cadangkan adalah utk adakan satu kerjasama antara Finas dan pihak NCWO mewujudkan satu forum atau seminar utk membahaskan isu ini dalam konteks memperkasakan kandungan digjtal pada masa akan datang. Untuk makluman juga Finas tiada kuasa utk menapis, tetapi dalam konteks kandungan digital, Finas sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan agar ianya akan memberi impak yang positif pada masyarakat dan negara. Ahmad Idham CEO Finas.

I mean…come on lah gais. Bukan Netflix ada parental control dekat settings ke? Lagipun, cerita dekat Netflix memang banyak dan best. So apa pendapat korang? Sis bukannya apa, ramai juga netizen tidak bersetuju dengan cadangan Ahmad Idham ni. Hmm.



Teruk betul CEO FINAS, Ahmad Idham kena kecam dengan netizen di Twitternya, @Ahmad_Idham. Hopefully Netflix tak kena tapis lah dengan kerajaan sebab FINAS lepas ni. Aduh!

Baca: Isi Kandungan Netflix Penyumbang Kepada Perkara Negatif & Perlu Dipantau – FINAS


+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas