Connect with us

Oh! Media

Catat Rekod Kedua Tertinggi Kes Covid-19, Singa di India Pula Dijangkiti

Singa Dijangkiti Covid19

Umum

Catat Rekod Kedua Tertinggi Kes Covid-19, Singa di India Pula Dijangkiti

Lapan ekor singa Asia di taman haiwan di India dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 melalui kenyataan kerajaan negara itu semalam selain turut mendedahkan bahawa tiada bukti jangkitan terhadap haiwan itu mampu menjangkiti manusia.

Menurut Pengarah Pusat Biologi Selular dan Molekul (CCMB), Dr Rakesh Mishra, sampel singa terbabit telah diuji di makmal yang berpusat di Hyderabad pada 19 April selepas singa itu menunjukkan simptom yang menjurus kepada virus itu iaitu demam dan sesak nafas.

Hasil ujian RT-PCR yang dijalankan menunjukkan haiwan terbabit positif Virus Covid-19 dan lebih memeritkan, ia berlaku ketika India sedang berdepan dengan kadar jangkitan antara yang tertinggi di dunia.

IKLAN

Katanya lagi, perkara ini adalah pertama kali berlaku penularan virus ini ke haiwan melalui manusia.

Menurut Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim, tiada bukti yang menunjukkan virus itu boleh dijangkiti kepada manusia.

Berdasarkan pengalaman dengan haiwan di taman haiwan lain di dunia yang pernah positif SARS-COV2 tahun lalu, tiada bukti bahawa haiwan boleh menyebarkan virus itu kepada manusia.

Pada masa yang sama, oleh sebab perkara itu, Taman haiwan Nehru yang menempatkan singa-singa tersebut telah pun ditutup.

India telah mencatatkan kadar jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat iaitu sebanyak 20 juta jangkitan yang mana negara itu dilaporkan telah dijangkiti sebanyak 300,000 setiap hari selama 13 hari berturut-turut.

Kredit: Berita Harian, India Today

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas