Connect with us

Oh! Media

Cara Taubat Dari Dosa Besar

Umum

Cara Taubat Dari Dosa Besar

SOALAN:
Jika seseorang telah melakukan satu dosa besar bagaimanakah cara mahu bertaubat daripadanya? Bolehkah dia menceritakan kepada orang lain tentang perlakuan dosanya? Dan apakah perkara yang perlu dibuat selepas daripada bertaubat itu?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Berkata Syeikh Abdul Latif Abdul Ghani salah seorang ahli majlis fatwa negeri Mesir:

على من ارتكب هذه الكبائر أو غيرها ألَّا يتحدث بها وقد سترها الله عليه، وإلَّا كان من المجاهرين، وعليه أن يبادر بالتوبة إلى الله؛ بالندم الشديد على ما فعل، والعزم الصادق على ألَّا يرجع إلى المعصية، وليُكثر من الاستغفار وقراءة القرآن والصلاة وعمل الخير أملًا في رحمة الله ومغفرته ورضوانه؛ فقد ورد أن هذه الأمور تكفِّر الذنوب وتمحو الخطايا؛ قال تعالى: ﴿إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَحِيمًا﴾ [الفرقان: 70]، وقال صلى الله عليه وآله وسلم: «اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن» رواه أحمد.

“Sayugia atas orang yang telah mengerjakan satu dosa besar atau dosa lainnya tidak menceritakan akan perbuatan dosanya itu yang sesungguhnya telah disembunyikan oleh Allah atasnya. Jika diceritakannya maka dia termasuk golongan Mujahirin iaitu golongan yang telah menyembunyikan aibnya oleh Allah tetapi dia sendiri yang membuka aibnya kepada segala manusia.

Dan wajib atasnya bahawa segera bertaubat kepada Allah dengan menyesal sungguh-sungguh atas apa yang telah dia perbuat dan berazam dengan sebenar-benar azam atas tidak mengulangi perbuatan dosanya itu.

Dan kemudian hendaklah dia memperbanyakkan istighfar dan membaca al-Quran dan solat dan amal kebajikan kerana mengharapkan rahmat Allah dan keampunan-Nya dan redha-Nya.

Dan sungguhnya telah datang hadith bahawa segala amal soleh ini menghapuskan dosa dan memadamkan kesalahan.”

Firman Allah:

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Melainkan mereka yang bertaubat dan beriman dan beramal soleh maka mereka itulah yang Allah gantikan segala kesalahan mereka dengan kebaikkan. Dan adalah Allah itu sangat mengampunkan dosa lagi sangat kasih sayang.” (Al-Furqan: 70)

Dan Rasulullah saw telah bersabda:

اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن
“Takutilah kamu akan Allah di masa sahaja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan yang akan memadamkannya. Dan pergaulilah manusia itu dengan akhlak yang elok.” (Riwayat Ahmad)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas