Connect with us

Oh! Media

Cara Solat Ketika Baring

Umum

Cara Solat Ketika Baring

ADVERTISEMENT

SOALAN 

Ohmedia yakin ramai di antara kita tahu orang yang berada dalam keadaan sakit dan sukar untuk solat walaupun dalam keadaan duduk masih boleh melakukan solat dalam keadaan baring. Jadi, bagaimanakah cara untuk solat dalam keadaan baring?

JAWAPAN 

Apabila seorang itu tidak mampu solat dengan berdiri maka diharuskan baginya solat dengan duduk dan apabila tidak mampu duduk maka harus seorang itu solat dengan berbaring.

Solat dengan berbaring ini ada dua cara.

Pertamanya ialah seperti mayat di dalam kubur yaitu dengan mengiring rusuk kanan ke bawah dan rusuk kiri ke atas dengan muka serta dada mengadap kiblat.

Yang kedua ialah terlentang belakang di atas lantai dengan kaki ke arah kiblat.

Dan dilapik bawah kepala supaya jadilah muka mengadap kiblat.

Berkata Syeikh Kahtib Syarbini :

فَإِن عجز عَن الْقعُود اضْطجع على جنبه وجوبا لخَبر عمرَان السَّابِق وَسن على الْأَيْمن فَإِن عجز عَن الْجنب اسْتلْقى على ظَهره رَافعا رَأسه بِأَن يرفعهُ قَلِيلا بِشَيْء ليتوجه إِلَى الْقبْلَة بِوَجْهِهِ ومقدم بدنه إِلَّا أَن يكون فِي الْكَعْبَة


Artinya : “Maka jika seorang itu lemah daripada duduk wajib dia berbaring atas rusuknya kerana hadith Imran yang telah lalu dan disunatkan berbaring itu atas rusuk yang kanan. Maka jika lemah ia dari mengiring atas rusuknya maka hendaklah berbabring terlentang atas belakangnya dengan mengankat akan kepalanya sedikit dengan cara melapik suatu supaya berhadap ke arah kiblat dengan mukanya dan bahagian depan badannya melainkan jika dia solat di dalam Kaabah.” (Kitab Al-Iqna’ ala Abi Syuja’)


KESIMPULAN

Cara solat berbaring ialah dengan mengiring seperti diletakan mayat di dalam kubur dengan mukanya mengadap kiblat dan dilakukan gerakkan rukun fi’li dengan gerakkan kepalanya.

Jika tidak boleh mengiring maka berbaringlah dengan cara terletang belakang badan di atas lantai dan kaki ke kiblat.

Sunat ditinggikan kepala dengan umpama bantal supaya mukanya mengadap arah kiblat kemudian lakukan semua rukun fi’li dengan gerakkan kepala dan jika tidak mampu maka dengan kerdipan mata atau dengan hadirkan perbuatan solat di dalam hati.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca cara solat ketika baring di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas