Connect with us

Oh! Media

Cadangan Waktu Kerja Penjawat Awam Dikurangkan Kepada 6 Jam Sehari

Umum

Cadangan Waktu Kerja Penjawat Awam Dikurangkan Kepada 6 Jam Sehari

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan patut mempertimbangkan untuk meminda beberapa peruntukan dalam Akta Kerja sekiranya serius dalam usaha untuk mengurangkan bilangan jam bekerja dalam sehari.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N. Gopal Kishnam berkata, walau bagaimanapun, pihaknya menyambut baik respons positif daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

ADVERTISEMENT

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan bagi membuat kajian lanjut berkenaan pelaksanaan perkara ini,” kata Gopal.

Tan Sri Ali dilaporkan berkata kerajaan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan pelaksanaan enam jam tempoh bekerja dalam kalangan penjawat awam.

Malah katanya, beberapa cadangan turut diterima kerajaan termasuk untuk membenarkan beberapa skim dan gred tertentu bertugas dari rumah.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan khas Astro AWANI pada 1 September.

Sementara itu, Gopal turut meminta Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot untuk tampil memberi respon berhubung perkara ini.

“Jika kita sudah dapat reaksi daripada sektor awam, melalui kenyataan KSN. Jadi, kami berharap Datuk Seri Richard juga boleh mempertimbangkan penilaian semula waktu bekerja dalam seminggu,” kata Gopal.

Beliau juga diminta memberi reaksi kepada kerisauan yang dilahirkan sesetengah pihak mengenai kemungkinan pengurangan gaji sekiranya jam bekerja dikurangkan.
“Kami tidak pernah bersetuju supaya gaji dikurangkan. Apa yang kami cadangkan adalah untuk mengurangkan masa bekerja tanpa menjejaskan gaji.

“Jadi, ini akan mewujudkan situasi bekerja yang kondusif dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dalam kalangan pekerja,” kata Gopal.

Sumber: Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas