Connect with us

Oh! Media

“Bye Dunia Luar” – Status Terakhir Mangsa Nahas LPT2 Menyentuh Hati

Umum

“Bye Dunia Luar” – Status Terakhir Mangsa Nahas LPT2 Menyentuh Hati

ADVERTISEMENT

Satu Malaysia digemparkan dengan tragedi nahas melibatkan satu keluarga yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) baru-baru ini.

Nahas yang mengorbankan enam sekeluaga termasuk sepasang suami isteri bersama empat anaknya kerana kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh belakang sebuah treler yang berada dilaluan kecemasan.

Malah kata-kata terakhir iaitu Aliff Hateem di laman sosial Instagramnya seolah-olah memberi petunjuk bahawa dia akan pergi buat selamanya..

“Bye dunia luar , semoga bertemu kembali kita di lain hari haha” 

“I lost my mom. Al-Fatihah”

Status ini ditulis ketika ibu kandungnya meninggal dunia kira-kira dua minggu yang lalu.

“Orang selalu cakap “Kau dah kaya buat apa belajar ?” Tuhan bagi kau duduk dekat bumi ni suruh kau cari ilmu bukan kekayaa”

Tambah menyedihkan kerana anak sulung keluarga ini iaitu Puteri Nabila Azaman yang tidak mengikuti perjalanan keluarganya ke Kuantan kerana bakal menduduki peperiksaan keesokkan harinya kini bergelar yatim piatu sekelip mata.

Mangsa Azaman Ramli, 49, isterinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, Noor Amira Syahirah Alias, 22, Aliff Hateem Azaman, 16, Aliff Hakim Azaman, 12 dan Aqeel Muslim Abdullah, 3 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan selepas tersepit di dalam kenderaan itu.

Sumber : Instagram aliff_hateem

OHMEDIA: Ya Allah, berat sungguh dugaan yang dilalui oleh Puteri Nabilah yang kehilangan semua ahli keluarga tersayang sekelip mata. Sesungguhnya Allah menyayangi mereka. Semoga dia terus tabah.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas