Connect with us

Oh! Media

Butik Sewaan Kimono Perkenalkan Koleksi Hijab Untuk Dipadankan Bersama Kimono

Img 660 442 1549678272kimonojpg

Oh! Lifestyle

Butik Sewaan Kimono Perkenalkan Koleksi Hijab Untuk Dipadankan Bersama Kimono

Sebuah butik sewa kimono yang terletak di Jepun telah memperkenalkan pemakaian hijab untuk wanita Islam untuk digayakan bersama pakaian kimono bagi.

Butik sewa kimono yang terletak di Kyoto itu membolehkan anda menyewa dan memadankan bersama tudung supaya kelihatan lebih cantik dan menawan dalam setiap gambar yang diambil.

Butik Yumeyakata menyediakan 20 rekaan hijab wagara yang berbeza dalam koleksi mereka yang sesuai untuk musim bunga, musim sakura dan yukiwa (musim salji) ditambah lagi dengan 50 rekaan untuk musim panas.

IKLAN

Rekaan dan corak tudung yang sama seperti kimono itu dilihat telah menarik minat pelancong wanita Islam dan ia juga boleh disewa di dua lokasi iaitu 128, Manjujicho, Shimogoyo-ku, Kyoto-shi, Kyoto dan 472-1 Kinpukicho, Nakagyo-ku, Kyoto pada harga 300 Yen (~RM11) sahaja.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas