Connect with us

Oh! Media

Burnley Jadikan MU Sebagai Lauk Makan Malam Di Old Trafford

Umum

Burnley Jadikan MU Sebagai Lauk Makan Malam Di Old Trafford

ADVERTISEMENT

Manchester United sekali lagi mengalami kekalahan dalam kancah Liga Perdana Inggeris selepas tewas 2-0 awal pagi tadi. Walaupun beraksi di tempat sendiri ianya tidak memberi makna buat MU apabila tewas dengan Burnley yang kini berada di tangga ke-13 liga. Apa sudah jadi ni gais? Ed kayu ni langsung tak boleh harap.


Keputusan ini jelas mengecewakan penyokong MU yang berada di Old Trafford, difahamkan ramai penyokong sudah mula balik walaupun perlawanan masih berbaki 10 minit sebelum tamat. MU juga mempunyai beberapa peluang namun gagal untuk membolosi gawang Burnley. Akhirnya Burnley berjaya menjaringkan gol pendahuluan melalui Wood pada minit ke-39. Ohmedia rasa MU perlukan pemain yang power dalam Ball Winner sebab MU banyak tewas ketika perebutan bola di udara.


Bersambung separuh masa kedua MU sekali lagi dikejutkan dengan jaringan kedua Burnley hasil rembatan padu Rodriguez pada minit ke-56. Tiada lagi gol mampu dihasilkan selepas itu dan keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat. Ohmedia yakin ramai yang kecewa dengan aksi yang ditunjukkan MU sejak kebelakangan ini. MU kini kekal di tangga kelima liga dengan 34 mata.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas