Connect with us

Oh! Media

Video Sambutan BCL Ke-36 Bersama Arwah Suami Kembali Tersebar

ohmedia2bbcl2bdedah2bauratpng

Umum

Video Sambutan BCL Ke-36 Bersama Arwah Suami Kembali Tersebar

Sejak ketiadaan pelakon terkenal Ashraf Sinclair yang cukup terkenal dan berjaya di Indonesia yang meninggal pada 18 Februari lepas, peminat amat tersentuh melihat keadaan Bunga Citra Lestari (BCL) yang dilihat cukup terkejut dengan pemergian suami tercinta.

Bagaimanapun, timbul pula isu lain apabila orang ramai melihat yang ada pihak produksi yang cuba mengambil kesempatan dengan meninggalnya suami BCL apabila Indonesia Idol menjemput BCL dan menggunakan kesedihan untuk menaikkan rating tontonan. Indonesia Idol turut menerima kecaman dari netizen.

BCL menangis dengar Judika nyanyi

Tidak cukup dengan itu, penyanyi popular Judika turut memilih dan menyanyikan lagu yang sedih sehingga membuatkan BCL menangis teresak-esak ketika rancangan bersiaran langsung.

IKLAN


BCL tidak tutup aurat, tunjuk dada & pusat

Selain memberikan kata-kata semangat kepada BCL, peminatnya juga meminta agar BCL menutup auratnya demi Ashraf. Saranan untuk BCL menutup aurat ini semakin rancak apabila BCL melalui chanel YouTube telah menaikkan satu video hari jadinya ke-36 dan dapat dilihat BCL memakai pakaian yang sangat seksi sehingga menampakkan bahagian atas badannya dan perut.



Ini video lama & arwah masih ada



Bagaimanapun, video ini sebenarnya adalah video lama yang diambil semasa sambutan hari lahir BCL ke-36  yang diadakan pada 22 Mac 2019 di Kilo Lounge Jakarta. Jika dilihat, arwah Ashraf turut bersama BCL di sisi. Namun video ini mula tersebar semula di media sosial dan menjadi perbualan hangat netizen serta peminat.

Ini respon peminat BCL yang merasakan dia sepatutnya sudah tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik.

OHMEDIA: SEMOGA BCL DIBERIKAN HIDAYAH UNTUK BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK.
Sumber: YouTube
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas