Connect with us

Oh! Media

Bukan Kena Prank, Tapi Aziro Memang Sedang Mencari Seorang Isteri

Umum

Bukan Kena Prank, Tapi Aziro Memang Sedang Mencari Seorang Isteri

Rasanya ramai yang perasan ada satu gambar yang mula viral di sosial media menunjukkan satu poster seorang lelaki sedang mencari jodoh. Mungkin ramai yang sangkakan individu dalam gambar tu dah kena prank dengan kawan-kawan. Tapi, sebenarnya ia dilakukan sendiri oleh individu terbabit yang dikenali sebagai Aziro.

Persoalan ini terjawab bila Aziro atau Nooraziro Abdullah telah dihubungi Harian Metro dan dia yang berasal dari Marang, Terengganu itu sudah berasa sangat lama hidup membujang dan tak tahan lagi bila selalu ditanya orang sekeliling bila nak kawin. Disebabkan itu, Aziro nekad untuk membuat satu poster dan gantung dekat tepi jalan.


Aziro juga tidak kisah apa orang ramai nak kata dibelakangnya walaupun sudah viral, asalkan dia mendapat seorang isteri. Aziro juga nekad untuk berkahwin dalam masa terdekat dan tidak kisah walaupun pasangannya itu gemuk atau tidak cantik.

Dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri? Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya. – Kata Aziro.

Sudah viral sampai macam ni sekali, jadi apa agaknya perkembangan dan respon wanita-wanita di luar sana? Aziro mengatakan yang sudah ada beberapa wanita menghubunginya untuk berkenalan dan bertanyakan jika benar dia memerlukan seorang isteri. Semoga bro Aziro cepat-cepat ditemukan jodohnya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top