Connect with us

Oh! Media

Bukan Gimik, Tapi Hanya Strategi

faizal2btahir2b1324jpg

Umum

Bukan Gimik, Tapi Hanya Strategi

Penyanyi, Faizal Tahir mengakui strategi memadam gambar di Instagramnya untuk memberi laluan kepada poster promosi single barunya, Ragaman ternyata menjadi.

“Sebenarnya, itu adalah strategi saat-saat akhir. Bila lagu itu mula dikeluarkan pada 24 Ogos lalu, saya ambil keputusan untuk fokus kepada mempromosikan lagu itu.

“Saya ambil masa empat hari juga sebelum memuat naik gambar-gambar lain di Instagram dan ramai nampak kehadiran single baru itu,” katanya.

IKLAN

“Pada awalnya, mereka mengakui sedih apabila saya memadam gambar-gambar lama yang kebanyakannya, ada juga gambar anak-anak.

“Tapi, saya jelaskan kepada mereka supaya tidak risau kerana saya ada simpan gambar-gambar lama itu di dalam arkib,” katanya.

Ragaman adalah lagu barunya ciptaannya bersama Mike Chan dan Romeo itu, manakala lirik pula adalah karya bersama antara dia, Mike Chan, Karim Karam dan Jaare.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas