Connect with us

Oh! Media

Buka Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan? Betul Ke Ni?!

Umum

Buka Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan? Betul Ke Ni?!

Mungkin pelik bila dengar ada hotel dalam hutan bukan? Bahkan ia bukan sekadar hotel biasa. Ianya sebuah hotel kapal terbang yang dibangunkan didalam hutan. Ini idea gila yang ingin dilakukan oleh Kevin Young Thien Sheng dan ayahnya yang berhasrat untuk membuka hotel unik itu yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 dan dijangka dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan, walaupun mengeluarkan belanja yang besar.

Untuk menjadikan idea berkenaan menjadi kenyataan, beliau menangguh segala urusan perniaaganya di Kuala Lumpur dan menumpukan sepenuh masa dan tenagakepada pembinaan hotel berkenaan agar siap mengikut jadual yang ditetapkan.

ADVERTISEMENT
Untuk ‘melindungi’ keunikan hotel itu, anak-beranak ini sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana berhasrat mahu membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza.
Oh! Media: Harap line kat hotel ni lajulah, bukan apa senang kalau kami datang bertandang ke sana nanti, hehehe.

Sumber: Utusan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas