Connect with us

Oh! Media

Buffet Durian 2020 Kembali Lagi! Kali Ni Kita Serbu Discovery Park, Gamuda Cove Pula

Branded

Buffet Durian 2020 Kembali Lagi! Kali Ni Kita Serbu Discovery Park, Gamuda Cove Pula

Memasuki musim durian kali ini, pastinya pengalaman akan sedikit berbeza sebab kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tapi durian masih tetap enak gais, walau jauh berbatu baunya, rasanya tetap dalam ingatan.

Ohmedia yakin ada antara korang yang masih tercari-cari buffet Durian makan sampai lebam tu kan? So, kami nak war-warkan dekat korang tentang satu buffet Durian All You Can Eat yang akan diadakan di ArcHIVE Food Hall @ Discovery Park, Gamuda Cove pada 11 dan 12 Julai 2020.

RM35 Seorang, Makan Sampai Kenyang Gais & Sila Patuh SOP.

Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan korang untuk makan sepuas-puasnya dengan harga RM35 jer untuk seorang. Pencuci mulut seperti coconut shake, aiskrim durian dan durian cendol turut dijual pada hari kejadian. So, korang boleh feeling-feeling masuk ke dunia fantasi versi durian.

Sambil makan tu, harus diingat untuk sentiasa follow prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan. Korang akan dibantu oleh team Discovery Park, sepanjang berada di sana nanti.

Sedikit fakta menarik mengenai Gamuda Land yang patut korang tahu (mana tau kalau ada kuiz kat sana nanti), mereka sudah lebih dua dekad dalam industri perancangan bandar. Pakar dalam pembangunan sesebuah bandar, membina bangunan bertingkat yang tinggi, country clubs dan pusat komersial.

Apa yang lebih menarik, kepakaran Gamuda Land dalam bidang kejuruteraan, pembinaan dan konsesi infrastuktur menjadikan mereka sangat kuat dalam industri ini. Ditambah pula dengan anugerah yang diterima menerusi projek-projek milik mereka seperti Gamuda Cove, Gamuda Gardens, twentyfive.7, Horizon Hills, Kota Kemuning, Bandar Botanic, Jade Hills dan Velencia. Juga, Gamuda Land turut tembusi pasaran antarabangsa menerusi projek-projek mereka di Singapura, Australia dan Vietnam.

Makan Durian, Menang Durian!

Selain makan durian, ada beberapa aktiviti yang boleh korang sertai, antaranya ada cabutan bertuah, teka berat durian atau boleh naik Cove Aerobar bagi melihat keindahan kawasan sekitar Gamuda Cove. **tertakluk pada terma dan syarat

Ha! Cabutan bertuah? Ye, korang mungkin salah seorang yang bertuah sebab Discovery Park nak berikan Musang King bernilai sehingga RM3,000. Pergh! Ada lagi, kalau korang download aplikasi Gamuda Land Mobile di telefon pintar nanti boleh join aktiviti Drive-Thru ArcHIVE dan menang hadiah-hadiah menarik dari mereka.

Kalau korang rasa makan durian dah best, Ohmedia nak cadangkan supaya korang ambil peluang naik Cove Aerobar. Ianya bar atas langit yang pertama di South-East Asia yang menjamu bukan sahaja perut tetapi turut menjamu mata korang dengan keindahan landskap di Gamuda Cove tu. Kalau nak naik, korang hanya perlu tambah RM10 je daripada harga buffet durian yang korang makan tadi.

Save the date gais. Ohmedia tak sabar nak serbu Discovery Park, Gamuda Cove minggu ni. Jumpa korang di sana! Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi 017-8997030, atau kalau korang segan nak call, boleh check dekat media sosial mereka di Facebook www.facebook.com/discoveryparkmalaysia/ dan juga Instagram www.instagram.com/discoveryparkmalaysia/. Makan dan patuh SOP baru mantul gais.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas