Connect with us

Oh! Media

Umum

Budak Perempuan 2 Tahun Mati Terkena Kipas Syiling. Dilambung Abang Saudara Dengan Tujuan Nak Memujuk

Perkara biasa yang dilakukan apabila budak menangis, ada yang akan memujuk dengan pelbagai cara. Antara yang paling popular dengan melambung atau kata lainnya menimang tinggi-tinggi budak tu biar berhenti menangis.

Nasib tak baik untuk seorang abang saudara berusia 25 tahun apabila timangannya kepada adik sepupu berusia 2 tahun mengundang tragedi apabila kepala kanak-kanak tersebut terkena kipas syiling dan akhirnya maut angkara perbuatan tanpa niat membunuhnya itu.

IKLAN

Main lambung-lambung sebab nak pujuk.

Difahamkan, sebelum kejadian kanak-kanak tersebut sedang menangis sebelum abang saudara bertindak mahu memujuk dengan bermain lambung-lambung.

Akan tetapi malang menimpa, apabila lambungan tersebut telah menyebabkan kepala mangsa terkena kipas syiling sehingga mengalami kecederaan parah.

Dalam kejadian yang berlaku di Tasik Tambahan Ampang, abang saudara mangsa berusia 25 tahun telah ditahan pihak polis untuk direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menyesal tak sudah…. 😭

—–

Laporan Dari Harian Metro.

BUDAK perempuan berusia dua tahun maut akibat parah di kepala terkena kipas siling selepas dilambung sepupu lelakinya yang berusia 25 tahun.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku Ahad lalu di rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, Ampang lebih kurang 10 malam.

Katanya, ketika kejadian suspek berkenaan melambung mangsa yang sedang menangis ketika bermain bersama.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa bersama abangnya yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan itu membawanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.57 malam keesokan harinya oleh pihak hospital dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noor Azmi berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat parah di kepala kerana hentakan trauma objek tumpul.

Katanya, bapa mangsa kemudian membuat laporan dan polis menahan lelaki berusia 25 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kira-kira 1.15 tengah hari semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OHMEDIA: MENYESAL TAK SUDAH. TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA.

Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak! | Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas