Connect with us

Oh! Media

Buang Sifat Ego Antara Rahsia Bunkface Kekal Lama

Umum

Buang Sifat Ego Antara Rahsia Bunkface Kekal Lama

Bunkface, satu kumpulan yang masih diminati peminat dari dulu hingga kini dan masih mengeuarkan lagu-lagu yang boleh diterima ramai.

ADVERTISEMENT

Disebalik kejayaan pasukan ini selama 13 tahun, mereka sentiada bersama dengan menerapkan sifat sentiasa berterus terang, tidak sesekali memendam rasa dan mengetepikan ego sebagai pegangan kumpulan Bunkface.

Bunkface dibarisi Sam, Youk dan Paan mengakui setiap kali berdepan masalah, mereka akan meluangkan masa bersama dan cuba menyelesaikan masalah bersama.

“Jika ada yang tidak kena, kami akan luahkan kerana jika disimpan, lama-kelamaan menjadi beban. Bimbang jika dibiarkan, ia menjadi api dalam sekam.

“Tipu jika kami tidak pernah bergaduh, terutama pada awal pembabitan dalam dunia seni. Setiap kali berlaku pergaduhan, memang terdetik perasaan untuk keluar daripada kumpulan.

“Itu biasa kerana kami bermula pada usia muda. Tetapi, kami tidak membiarkan darah muda menguasai diri. Paling penting, kami buang perasaan ego jauh-jauh.

“Lazimnya, punca perpecahan sesebuah kumpulan adalah disebabkan sikap ego. Kami juga ajar diri supaya menghormati pendapat anggota lain, baru kita dapat bertahan lama,” katanya.

Youk juga berpendapat bahawa usia yang kian meningkat juga menjadikan mereka lebih rasional dalam membuat keputusan dan mereka turut membahagikan tugas seperti Sam yang bertanggungjawab menjaga soal penerbitan dan penciptaan lagu, manakala Paan pula bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan. Youk pula lebih kepada soal promosi dan produksi.

Dalam perkembangan lain, Bunkface akan bersama kumpulan lagenda Wings dalam Konsert Laksamana Metal 2019 Dua Generasi pada 4 Mei ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas