Connect with us

Oh! Media

Bomba Tidak Jumpa Mangsa Selepas Menyelam Selama 15 Minit, Ini Rupanya Yang Terjadi Kepada Mangsa

Umum

Bomba Tidak Jumpa Mangsa Selepas Menyelam Selama 15 Minit, Ini Rupanya Yang Terjadi Kepada Mangsa

Sumber gambar: Berita Harian

Adoi beliau ni, bikin abang bomba cuak jer. Artikel untuk malam ni macam biasa kita cuba cari yang agak panas atau lucu dan Ohmedia terbaca satu situasi cemas apabila sebuah kereta dilaporkan terbabas sehingga termasuk ke dalam parit besar.

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian itu, anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian yang berlaku di Jalan Kuala Gula, Bagan Serai apabila menerima laporan kemalangan dimana sebuah kereta telah terbabas. Sebaik tiba sahaja di tempat kejadian, beberapa anggota telah bertindak untuk menyelam kerana dikhuatiri mangsa terperangkap dan lemas di dalam kereta jenis Mercedess Benz dan ini apa yang berlaku selepas itu.

Selama 15 minit operasi mencari mangsa dijalankan, namun tiada orang ditemui dalam kenderaan itu. Ketika operasi sedang dijalankan, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an tiba di lokasi kejadian dan memaklumkan dia adalah pemandu serta pemilik kereta itu.

Rupanya, mangsa telah selamat keluar dari kenderaan dan sempat pulan ke rumah yang dihantar kawannya untuk membersihkan diri dan menukar pakaian sebelum datang ke tempat kejadian semula untuk melihat keretanya. Macam tu pun boleh. Apa-apapun tahniah abang-abang bomba.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas