Connect with us

Oh! Media

Bo55ku Masih Mampu Berikan Saingan di MotoGP

Umum

Bo55ku Masih Mampu Berikan Saingan di MotoGP

Disebalik berita yang kita semua dengar sebelum ini bahawa pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan digantikan dengan pelumba Brad Binder musim hadapan, ada pula sedikit kata-kata yang datang dari Herve Poncharal yang merupakan prinsipal pasukan Red Bull KTM Tech 3. Herve menegaskan dirinya secara peribadi menganggap HS55 masih mempunyai potensi yang sangat besar dalam kelas MotoGP.

ADVERTISEMENT

Hafizh Syahrin berpotensi menjadi pelumba MotoGP yang baik. Dia pastinya tidak seperti Marc Marquez (Repsol Honda) atau Fabio Quartararo (PETRONAS Yamaha SRT). Tetapi dia mempunyai bakat dan mampu berdaya saing dalam saingan MotoGP,” katanya dipetik dalam laman web speedweek.com.

Herve sememangnya sangat rapat dan mengikuti perkembangan Hafizh sejak dia sertai Moto2 lagi dan Herve juga tidak menyalahkan Hafizh sepenuhnya kerana sejak bersama Red Bull KTM Factory Racing, Johann Zarco turut masih tidak mampu memberikan saingan dengan jentera KTM.

Perubahan dari Yamaha ke KTM sukar bagi Hafizh dan perkara sama berlaku kepada Zarco.

Herve juga melihat Hafizh mempunyai mentaliti yang sangat kuat dan berbeza jika ingin dibandingkan dengan pelumba-pelumba lain kerana Hafizh semakin fokus dan mula menunjukkan hasil yang lebih baik bersama KTM.

Untuk pengetahuan korang, Hafizh kini telah berjaya mencatat masa sepusingan terpantas berbanding barisan pelumba KTM yang lain dan ini termasuklah Zarco.

Bagi Ohmedia, diharapkan Pascao masih dapat kekal bersama MotoGP dan walaupun berada di Moto2, kami sebagai rakyat Malaysia akan tetap menyokong HS55 dan semua pelumba-pelumba negara. Oh ya, sebagai tambahan, nak juga kami kongsikan kata-kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang ada mengataan dia berpendirian untuk melihat Hafizh beraksi bersama pasukan Malaysia, iaitu PETRONAS SRT.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas