Connect with us

Oh! Media

BO55KU Beri Bayangan Nasibnya Dalam Saingan MotoGP

Umum

BO55KU Beri Bayangan Nasibnya Dalam Saingan MotoGP

Akhirnya, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah memberikan respon mengenai masa depannya dalam saingan dunia itu. HS55 berkata, ianya hanya dapat ditentukan dalam aksi dua pusingan akan datang.

ADVERTISEMENT

Sekarang saya tak boleh kata apa-apa lagi. Saya perlu beri masa sedikit kepada diri saya dan penaja kerana segala-galanya ketika ini masih dalam perbincangan. Mungkin selepas dua perlumbaan yang terdekat ini akan dapat tahu keputusan ke mana (pasukan) saya akan pergi, katanya.

Untuk pengetahuan korang, HS55 akan beraksi di GP Republik Czech hari ini dan GP Austria pada 11 Ogos nanti.

Dalam pada itu, HS55 juga menunjukkan keyakinannya yang mengatakan mampu memperbaiki tunggangan selepas berehat panjang.

Apapun saya sememangnya mengharapkan pakej lebih baik untuk jentera terutama daripada faktor mengambil selekoh. Sebab buat masa sekarang agak sukar untuk saya dapatkan keserasian dengan jentera ketika membrek dan mengambil selekoh, katanya.

Pada hari ini Hafizh akan memulakan perlumbaan di petak ke 21 dan diharapkan nasib lebih baik untuk pusingan kali ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas