Connect with us

Oh! Media

Blackberry Ucap Selamat Tinggal, Umum Henti Operasi Ogos Ini!

Ohmedia blackberry 1jpg

Umum

Blackberry Ucap Selamat Tinggal, Umum Henti Operasi Ogos Ini!

Sumber gambar dari GearBurn

Siapa masih pakai Blackberry? Tahukah korang semua bahawa syarikat pengeluar model telefon pintar berkenaan telah mengumumkan melalui satu ciapan di Twitter malam semalam meskipun sempat bertahan beberapa tahun setelah ledakan smartphone berasaskan Android dan iOS di pasaran.
Blackberry secara rasmi mengumumkan akan hentikan pengeluaran smartphone pada Ogos ini. Ini menyaksikan bahawa tiada lagi kewujudan Blackberry bermula tahun depan.


Berdasarkan info yang Ohmedia dapat, Blackberry melalui TCL Communication, selaku pemegang lesen mengumumkan bahawa mereka akan terus perkhidmatan mereka termasuk hal waranti sehingga 31 Ogos 2022. Setakat ini tidak diketahui atas alasan apa pemegang lesen berkenaan tidak lagi meneruskan operasi. Khabar angin mengatakan, TCL Communication akan memasuki pasaran dengan brand mereka sendiri selain dikatakan penjualan Blackberry yang tidak mencatatkan keuntungan.

Untuk info korang, Blackberry mengadaptasi sistem Android ketika TCL Communication mengambil alih syarikat Blackberry berkenaan pada tahun 2016 dimana sebelum ini menggunakan Blacberry OS. Blackberry juga terkenal dengan perkhidmatan Blacberry Messenger sewaktu puncak kegemilangannya beberapa tahun lepas.

IKLAN

OHMEDIA: NAMPAKNYA TIADA LAGI BLACKBERRY DIPASARAN BERMULA OGOS INI. KALAU KORANG PERNAH JADI USER BLACKBERRY, MODEL APA KORANG PAKAI?

Sumber: Tekno Kompas

+ Baca respon pembaca penghentian Blackberry di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas