Connect with us

Oh! Media

Black Shark 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini!

Umum

Black Shark 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Hujung Bulan Ini!

Black Shark telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Black Shark 3 dan dijangka akan diperkenalkan di Malaysia pada 30 April nanti. Model kalini terbahagi kepada dua variasi iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro. Mesti ramai gamers di negara kita sudah lama menunggu kehadiran Black Shark terbaru ini. Harga bagi kedua-dua peranti ini akan diumumkan secara rasmi pada 30 April nanti ya.

ADVERTISEMENT

Bagi variasi Pro, ianya hadir dengan skrin sebesar 7.1 inci QHD+ OLED. Refresh rate pula setinggi 90Hz bersama cip pemprosesan SnapDragon 865. Untuk memorinya pula didatangkan dengan 12GB RAM dan storan sehingga 256GB. Bateri bagi variasi Pro lebih besar dari yang variasi biasa, didatangkan sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Apa yang menariknya tentang Pro, ia dilengkapi dengan satu butang yang memberikan kawalan dan pengalaman yang baik.

Untuk model Black Shark 3 biasa, ianya hadir dengan skrin sebesar 6.67 inci OLED dengan refresh rate 90Hz. Cip pemprosesan pada model ini juga adalah cip SnapDragon 865 dan mestilah ada penyejukkan berasaskan air untuk kedua-duanya! Bateri pada model variasi biasa ini pula sebesar 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W serta menggunakan port magnetik di belakang peranti tersebut. Kedua-dua model menggunakan memori LPDDR5 dan storan UFS 3.0.

Sumber : Black Shark

+ Baca respon pembaca penggemar telefon pintar Black Shark di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas