Connect with us

Oh! Media

Bilangan Individu Ditahan Ingkar PKP Meningkat

Thumbnail2barticlepng

Umum

Bilangan Individu Ditahan Ingkar PKP Meningkat

Sepertimana semua tahu, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sejak 18 Mac lalu. Namun sehingga hari ini, masih ada lagi yang mengingkar perintah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yaasin. Menurut laporan dari Berita Harian, sehingga semalam didapati 649 individu telah ditahan kerana ingkar perintah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan jumlah itu meningkat sehingga itu dari 320 individu ditahan Jumaat lepas dan daripada 649 individu tersebut, seramai 73 orang telah mengaku bersalah dan dituduh ke mahkamah dan didapati juga masih ramai lagi yang ingkar.

Polis juga dikatakan telah diberi kebenaran untuk mengambil tindakan tegas supaya melakukan kompaun segera kepada yang masih berdegil dan keluar dengan alasan yang tak sepatutnya. Sebanyak 997 sekatan jalan raya dilakukan yang menyaksikan 310,938 kenderaan telah diperiksa berbanding hari sebelumnya yang dikatakan lebih 200,000. Maknanya masih banyak lagi kenderaan yang berada di jalan raya dan sebab itu jugalah pemeriksaan sekali ganda lebih banyak dari hari sebelumnya.

IKLAN

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca bilangan ingkar PKP meningkat di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas