Connect with us

Oh! Media

Bersangka Baik Dengan Allah

Umum

Bersangka Baik Dengan Allah

ADVERTISEMENT
Soalan:
Saya dengar ada orang kata, antara ucapan Nabi sebelum wafat yang seseorang itu tidak mati kecuali bersangka baik kepada Allah atau seumpamanya. Boleh terangkan kepada kami hadis tersebut?
Jawapan:
Ya, berdasarkan kepada hadis Jabir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum Baginda wafat:
لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah. [Riwayat Muslim (2877)]
Antara maksud dalam hadis ini adalah wajib bagi setiap orang yang beriman untuk bersangka baik dengan Allah. Dan ini hendaklah ditambah lagi sangkaan baik ketika mana berlakunya musibah dan hampir mati.
Kata al-Hattab: Sunat bagi orang yang dalam sakaratul maut bersangka baik dengan Allah. Dan sangkaan ini hendaklah bertambah ketika hampir mati dan ketika sakit. Ini tanpa dinafikan sangkaan baik bagi orang yang mukallaf hendaklah sentiasa kepada Allah. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 10/220 dan Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 17/10)
Semoga Allah jadikan kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dan menempatkan kita di kalangan orang-orang yang soleh dan mencintai Nabi-Nya SAW sehingga ke akhir hayat.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas