Connect with us

Oh! Media

Berlakon Lebih 2,000 Episod Sinetron, Ashraf Sinclair Dah Lupa Malaysia?

Umum

Berlakon Lebih 2,000 Episod Sinetron, Ashraf Sinclair Dah Lupa Malaysia?

Siapa sangka, sejak dia duduk di Indonesia bersama isteri dan anaknya, Ashraf Sinclair dah jadi pelakon dekat sana dan sudahpun berlakon dalam lebih 2000 episod sinetron gais!

ADVERTISEMENT

Walaupun dia ada kerjaya di sana, dia tak pernah melupakan industri dia tanah airnya tau! Malah, Malaysia adalah negara yang menjadikan dia sebagai anak seni sehingga ke hari ini. Dan dia berharap filem terbaru yang dia berlakon iaitu J Retribusi boleh mengubati kerinduan peminatnya di Malaysia.

Industri hiburan Malaysia yang telah membesarkan dan membangunkan saya sebagai seorang anak seni. Sebab itulah saya berharap beberapa projek terbaru yang bakal keluar tidak lama lagi akan menyegarkan semula nama saya dalam industri hiburan tempatan. Buat pertama kalinya peminat akan lihat saya beraksi dalam satu filem bersama rakan lama saya, Zul Ariffin. Dalam filem ini saya bawa watak antagonis bernama Taufik. Apa yang boleh saya katakan Taufik ini sebagai licik, seorang yang ‘opportunist’ tapi pada yang masa, dia amat tenang. Dia bukan watak antagonis yang terburu-buru, dia lebih cool dan chill. Permainan watak saya lebih ke arah emosi.

J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan akan ditayangkan pada pertengahan tahun depan. Filem ini bukan sahaja dibintangi oleh Ashraf Sinclair malah akan bergandingan dengan Zul Ariffin, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas