Connect with us

Oh! Media

Berkat Kecaman Netizen Ke Atas Israel, Perkataan ‘Koyak’ Masuk Urban Dictionary

Koyak

Umum

Berkat Kecaman Netizen Ke Atas Israel, Perkataan ‘Koyak’ Masuk Urban Dictionary

Siapa sangka, Urban Dictionary ataupun kamus online yang sering digunakan oleh semua orang terutamanya para pelajar untuk memahami makna sesebuah perkataan dengan lebih terperinci, telah memasukkan perkataan ‘Koyak’ sebagai salah satu perkataan yang memberi maksud di dalam kamus online itu.

Menurut Urban Dictionary, perkataan koyak itu didefinasikan sebagai slanga Malaysia bagi menggambarkan perasaan seseorang yang berasa terkesan atau sedih selepas dikutuk atau dikertawakan.

Maksud kedua iaitu makna lazim bagi perkataan koyak iaitu seperti kertas yang telah dikoyak.

IKLAN

Perkataan ‘Koyak’ adalah perkataan yang digunakan oleh rakyat Malaysia kepada laman media sosial Israel selepas negara pengganas itu melakukan penindasan kepada rakyat-rakyat Palestin sehingga menyebabkan beratus kematian berlaku.

Sejurus selepas mendapat kecaman yang bertalu dari rakyat Malaysia melalui laman media sosial itu, pihak Israel telah memaki rakyat Malaysia kerana tidak tahan dengan kecaman yang diberikan.

Kemudian, muncul perkataan ‘koyak’ dari rakyat Malaysia kepada Israel sehingga menyebabkan perkataan itu menjadi popular di media sosial.

Perkataan itu telah diterbitkan dalam Urban Dictionary pada 12 Mei 2021.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas