Connect with us

Berjaya Berkas Peragut, Hero Netizen Terima Penghargaan Dari MBJB!

Oh! Tidak

Berjaya Berkas Peragut, Hero Netizen Terima Penghargaan Dari MBJB!

Korang masih ingat lagi tak ada sebuah video yang tular menunjukkan seorang lelaki menaiki motosikal cuba meragut beg tangan wanita ketika melintas jalan? Walaubagaimanapun, suspek itu berjaya diberkas dengan Pembantu Penguatkuasa di Taman Mount Austin pada 1 September lalu jam 12.45 tengah hari.

Alhamdulillah. Dengan tindakan keberaniannya, Shazrin Hafeez Fadzlan berusia 26 tahun menerima sijil penghargaan, wang tunai sebanyak RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (tetap) U19 daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).




Sijil penghargaan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan turut dihadiri Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil.

Untuk pengetahuan, Shazrin Hafeez dikatakan sebagai hero netizen kerana dia menyedari selepas mangsa yang ketakutan menjerit sedang meminta bantuan. Dan akhirnya, dia dan orang awam berjaya memberkas peragut tersebut daripada melarikan diri.

OHMEDIA: TERBAIKLAH!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top