Connect with us

Oh! Media

Bercakap Ketika Khutbah Jumaat

Hgnhtgnjpg

Umum

Bercakap Ketika Khutbah Jumaat

Soalan:
Apa hukum bercakap ketika khutbah Jumaat?

Jawapan:
Hukum bercakap ketika khutbah jumaat ialah disunatkan diam dan tidak bercakap.

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Adakah diwajibkan senyap dan haram untuk bercakap (ketika khutbah Jumaat)? Padanya ada dua qaul yang popular. Itu disebut oleh pengarang kitab (al-Muhazzab) pembahagiannya dalam bab hai’ah al-Jumu`ah (amalan-amalan sunat di hari Jumaat). Pendapat yang sahih ialah yang yang masyhur dalam qaul jadid (baru) ialah disunatkan diam, tidak wajib, dan tidak haram untuk berkata-kata. Pendapat yang kedua seperti mana yang dinaskan dalam (qaul) lama dan dalam (kitab) al-Imla’ daripada pendapat baru bahawa wajib senyap dan haram bercakap. Telah sepakat dalam kalangan ashab (Syafi’eyyah) bahawa yang sahih ialah yang pertama.” [Rujuk al-Majmu’ (4/523)]

IKLAN

Sekalipun begitu sebaiknya adalah tidak bercakap untuk keluar daripada khilaf ulama yang mengharamkan perbuatan bercakap ketika khutbah.

Ini dikuatkan dengan sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الجُمُعَةِ: أَنْصِتْ، وَالإِمَامُ يَخْطُبُ، فَقَدْ لَغَوْتَ
“Jika engkau berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat “Diam!”, sedangkan imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya telah sia-sia.” [Hadis riwayat Imam Bukhari (934) dan Imam Muslim (851)]

Sayyidina Ali r.a berkata, “Barangsiapa yang sia-sia bererti tidak beroleh apa-apa pada solat Jumaatnya.” Ertinya tidak diperolehi kelebihan Jumaat yang dituntut dan pahala yang diharapkan. [Rujuk al-Mu`tamad (1/533)]

Justeru kami mencadangkan supaya tidak bercakap sewaktu khutbah kecuali pada perkara darurat seperti menyelamatkan orang daripada tertimpa kebinasaan.

Wallahua’lam.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas