Connect with us

Oh! Media

Nak Bentuk Bulu Kening Tak Pernah Semudah Ini!

Branded

Nak Bentuk Bulu Kening Tak Pernah Semudah Ini!

Dah jadi trend hari ni ramai wanita di luar sana mahukan gaya kening yang terbaik. Bulu Kening ni boleh dikatakan menjadi faktor paling utama kaum wanita untuk menyerlahkan penampilan mereka setiap hari. Apalah gunanya solekan tebal sekalipun kalau bahagian bulu kening tak diberikan keutamaan betul tak?

Kening merupakan bingkai untuk setiap wajah dan sangat membantu untuk membentuk rupa setiap individu. Bayangkan muka tanpa kening memang menakutkan bukan? Jadi kening yang terletak cantik pastinya melengkapkan sesebuah rupa solekan.

Tapi tak semua wanita banyak masa nak berikan penekanan pada bahagian kening setiap hari dengan kesibukan urusan harian mereka apalagi ianya adalah bahagian yang paling sukar untuk dibentuk menjadi kemas dan dalam masa yang sama kelihatan trendy menjadi pujaan ramai.

Banyak cara yang ada untuk membentuk kening yang menarik seperti menggunakan Eyebrow Powder, Eyebrow Pomade, Concealer, mahupun Eyebrow Tweezer. Tapi percaya tak kalau Ohmedia katakan yang korang boleh lupakan semua tu dan hanya fokus pada satu sahaja dan paling penting produk ini akan menjimatkan banyak masa.

Maybelline baru-baru ini melancarkan sejenis pensel bulu kening yang bagi Ohmedia sangat genius, revolusi, dan begitu mudah dipakai. Produk ni dikenali sebagai MAYBELLINE DEFINE & BLEND BROW PENCIL.

Didatangkan Dengan 4 Warna Utama!

Produk terbaru Maybelline ini didatangkan dengan 4 pilihan warna popular iaitu Grey Brown, Light Brown, Natural Brown, dan Red Brown yang salah-satunya mesti kena dengan penampilan seorang wanita. Lebih-lebih lagi, dengan pilihan 4 warna ini lebih mudah untuk digaya dan dipadankan dengan warna rambut mahupun warna hijab bagi wanita yang bertudung.

Bagaimana cara nak gabungkan warna pensel bulu mata ni biar sesuai dengan tudung korang? Sama seperti yang padankan warna rambut dengan pensel kening juga tapi kalau tudung ni melibatkan lebih banyak warna dan corak jadi lebih banyak padanan yang boleh dibuat.

1. Tudung dengan warna gelap lebih sesuai dipadankan dengan pensel warna coklat (medium to light) dan tudung dengan warna terang membuatkan warna kening akan kelihatan lebih menonjol.

2. Untuk tudung dengan rekaan bercorak pula, korang boleh pilih warna yang mana satu nak diberi penekanan. Jika warna terang yang dipilih, gunakan pensel dengan warna coklat terang untuk nampak lebih natural.

Sekarang dah tahu kan cara nak buat padanan paling menarik antara bulu kening atau rambut korang untuk kelihatan lebih menyerlah?

Hanya 3 Langkah Sahaja Untuk Guna!

Kebarangkalian untuk korang jimat banyak masa dengan gunakan produk ni memang tinggi. Bayangkan korang tak perlu lagi nak gunakan sharpener pun untuk membentukkan bulu kening lagi.

Cara nak gunakan dia sangat mudah.

1. Bentukkan kening dari pangkal hingga hujung kening.

2. Isikan bahagian dalam kening.

3. Ratakan kening menggunakan berus Define & Blend Brow Pencil.

Sebelum & selepas.

Tapi bukan tu yang paling best guys, tapi sebab ianya dijual dengan harga yang sangat mampu dimiliki sekaligus boleh menjadi satu alat yang akan korang bawa setiap hari di dalam bag.

Maybelline Define & Blend Blow Pencil ni boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual kosmetik (Aeon Wellness, Guardian, Sasa, Sogo, dan Watsons) dan juga boleh dibeli secara online di Hermo, Lazada, Shopee dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut berkenaan produk ni boleh layari website Maybelline di www.maybelline.com.my dan Facebook Maybelline Malaysia atau kalau mahu menonton banyak video tutorial make-up yang mempersonakan, boleh terus ke Youtube Maybelline Malaysia.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas