Connect with us

Oh! Media

Bengang Kereta Kena Clamp, Lelaki Ini Lempar Duit Pada Penguatkuasa

Umum

Bengang Kereta Kena Clamp, Lelaki Ini Lempar Duit Pada Penguatkuasa

Gara-gara berang dengan tindakan anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPP) yang mengunci tayar keretanya, dua lelaki bertindak mencampak duit penguatkuasa tersebut dengan tindakan yang sengaja untuk menghina.

ADVERTISEMENT

Video yang berdurasi 2 minit itu menunjukkan dua lelaki itu mengamuk kerana tayar kereta Produa Myvi miliknya telah dikunci ekoran kesalahan meletakkan kenderaan di tempat yang salah.

Marah dengan tindakan itu, dua lelaki tersebut meminta kunci untuk membuka besi pengunci tayar namun ditolak pegawai itu dengan alasan harus membayar denda terlebih dahulu.

Keengganan pihak berkuasa itu membuatkan lelaki tersebut menjadi semakin marah hingga meninggikan suara seterusnya seorang lagi mengeluarkan duit dari dalam beg dan menghulurkan kepada penguasa tersebut.

Apabila penguatkuasa hendak mengambil wang yang dihulur, wang tersebut terus dilemparkan ke lantai dengan amat biadap.

“Wa bukan tak ada duit, wa ada duit bagi you lagi. You buka la! Tak mau buka tak payah eksen punya. Cakap you kasitau. Tadak, lu mau wang you kasi duit you buka. Wa bukan tadak duit. You sekarang buka, wa kasi. You tak payah punya, wa tak lari punya. You bawa pergi mahkamah wa tadak takut sama you ma. Takpa you tak mau buka, wa sendiri buka!” katanya.

Pihak berkuasa tersebut kelihatan tenang menghadapi situasi tersebut dan membuka besi pengunci selepas menerima wang tersebut namun kedengaran kawannya menasihatkan agar dia tidak mengambil duit yang dilempar tersebut untuk memelihara maruah diri yang diperlakukan dengan begitu teruk sekali.

Video:

Berikutan mula viralnya video ini nanti, kami berharap agar ianya tidak dijadikan isu perkauman memandangkan perbuatan ini adalah perbuatan individu dan tidak mewakili mana-mana kaum. Kritiklah individu tersebut dan usah sesekali memalitkan sikap biadap tersebut kepada mana-mana bangsa di negara ini.

Nasihat pada kedua-dua lelaki tersebut, kita kalau ya dah buat salah jangan banyak bunyi kalau dah kena saman. Kalau ya kaya sangat banyak duit, bayar ajelah dan beransur pulang. Bukan macam ni caranya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas