Connect with us

Oh! Media

Bendera Malaysia Dikibar Tanda Penghargaan Rakyat Palestin

Umum

Bendera Malaysia Dikibar Tanda Penghargaan Rakyat Palestin

Kerajaan Malaysia sebelum ini tegas mengatakan untuk tidak membenarkan atlet dari Israel untuk memasuki negara ini bagi menyertai 2019 World Para Swimming Championship yang akan diadakan di Kuching Sarawak, Julai nanti.

ADVERTISEMENT

Larangan ini diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kesan dari itu, Israel telah menuduh Tun sebagai anti-semitik.

Namun, bagi rakyat Palestin, mereka amat menghargai keputusan Malaysia dan bendera Malaysia telah dikibarkan sebagai tanda penghargaan.

Bendera Malaysia yang dikibarkan di Stadoum Yarmouk yang merupakan stadium tertua Gaza itu turut telihat tulisan yang bertulis, ”Terima kasih Malaysia kerana berdiri teguh menentang pengnormalan terhadap Israel”.

Melalui perkongsian video tersebut, kelihatan para penyokong bola sepak yang sedang menyaksikan perlawanan yang diadakan di Gaza telah menggantung bendera Malaysia bersebelahan dengan bendera Palestin.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini telah mengulangi pendirian tegas bahawa Malaysia tidak akan menganjurkan sebarang acara yang melibatkan penyertaan warga negara Israel.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas