Connect with us

Oh! Media

Benarkah Malaikat Maut Meminta Izin Mencabut Nyawa Nabi SAW?

Umum

Benarkah Malaikat Maut Meminta Izin Mencabut Nyawa Nabi SAW?

SOALAN:
Apakah benar kisah atau riwayat di bawah ini yang mengatakan bahawa Malaikat Maut meminta izin daripada Nabi SAW untuk mencabut nyawa baginda SAW saat kewafatan Baginda SAW?

ADVERTISEMENT

Malaikat Jibril A.S datang menemui Rasulullah dan berkata: “Malaikat Maut ada di pintu, meminta izin untuk menemuimu dan tidak pernah meminta izin kepada seorangpun sebelum daripadamu.” Lalu Rasulullah SAW mengizinkan Malaikat Maut untuk masuk.


Setelah malaikat maut masuk lalu berkata: “Salam ke atas kamu wahai Rasulullah. Allah telah mengutuskan aku untuk memberikan pilihan kepadamu di antara kekal tinggal di dunia atau bertemu dengan Allah.” Akan tetapi, Rasulullah memilih untuk bertemu dengan Allah SWT.

JAWAPAN:
Membaca sirah atau perjalanan hidup Rasulullah SAW amatlah digalakkan. Ini kerana, Rasulullah SAW merupakan insan yang terpuji dan pada diri Baginda SAW merupakan contoh ikutan yang terbaik buat umatnya. Justeru, untuk mengetahui peribadi dan sifat Rasulullah SAW ini perlulah dipelajari akan riwayat hidup Baginda SAW. Allah SWT telah mengiktiraf peribadi Nabi SAW sebagaiman yang terdapat di dalam al-Quran:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
“Dan bahawa sesungguhnya kamu (Rasulullah SAW) mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Al-Qalam: 4)

Berdasarkan soalan di atas, kami tidak menemui kisah atau riwayat ini di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar.

Penutup

Kesimpulannya, kisah di atas tidak diketahui akan asalnya di dalam kitab yang muktabar walaupun ia ada dinukilkan di dalam kitab-kitab yang terkemudian. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan akhlak kita seperti akhlak para salaf soleh yang mana mereka hidup pada kurun-kurun yang terbaik. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas