Connect with us

Oh! Media

Bella Dally Kongsi Saat Indah Ketika Dilamar Nazim Othman. Sweet!

Umum

Bella Dally Kongsi Saat Indah Ketika Dilamar Nazim Othman. Sweet!

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, kecoh kononnya pelakon cantik Bella Dally sudah bertunang dengan Nazim Othman dan bakal mendirikan rumahtangga.

Akhirnya, Bella Dally membuka rahsia dan berkongsi saat indah ketika dirinya dilamar oleh Nazim Othman. Lamaran itu telah dibuat dengan terperinci oleh Nazim ketika menjalankan pengambaran Akulah Balqis dan ketika itu adalah babak terakhir bagi Bella.

“Malam itu adalah babak terakhir membabitkan saya, tetapi saya pelik kerana Nazim masih berada di lokasi. Ini kerana kebiasaannya dia akan balik ke hotel penginapan jika babaknya sudah tamat.

“Selain itu, dia juga muncul dengan berpakaian kemas. Sikapnya itu menimbulkan tanda tanya, tetapi saya masih tidak tahu perancangan di sebaliknya.

“Kemudian saya lihat beberapa kru memegang telefon bimbit. Terdetik di hati mengatakan dia mahu melamar saya dan meminta kru terbabit merakamkannya. Ternyata gerak hati saya betul apabila selepas itu dia mengeluarkan cincin dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.”

Selepas lamaran diterima, Nazim menghantar rombongan meminang dan seterusnya mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun yang lalu. Malah, keputusan untuk berkahwin itu adalah tanda bahawa Bella sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Sejujurnya, soal perkahwinan ini sudah lama diperkatakan iaitu sejak kami mula berkawan. Namun, perkara itu tidak pernah dibawa berbincang secara serius memandangkan kami belum bersedia.”

“Tambahan pula ketika itu saya masih muda dan baru bergelar pelakon. Jadi saya hanya ikut aturan. Apabila betul-betul sudah bersedia, baru kami berani membawa hubungan ini ke fasa seterusnya iaitu bergelar suami isteri.”

Walaupun sebelum ini hubungan mereka pernah terputus seketika namun perkara tersebut menjadikan mereka lebih matang dan kerana kasih sayang yang masih menebal dalam diri masing-masing, mereka memilih untuk bersatu kembali.

“Tempoh kami putus tidak lama. Malah, sepanjang tempoh itu, kami masih berkomunikasi. Namun, disebabkan masih ada perasaan cinta dan sayang, kami kembali bersama.

“Itu yang dikatakan jodoh. Saya percaya ini semua sudah tertulis dan ditetapkan Allah. Kiranya, keputusan berkahwin adalah pilihan terbaik buat kami.

Walaupun tarikh sebenar perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya, kami mendoakan semoga majlis perkahwinan Bella dan Nazim nanti akan berjalan dengan lancar.

OHMEDIA : Tahniah buat Nazim Dan Bella. Pasangan yang low profile dan matang.

Trick Mengorat Awek!

Dherbs Terlajak Laris – Magic perfume

HAHA siapa pernah guna trick macam ni? Mesti ramai yang pernah guna trick mcm ni untuk tackle pasangan korang kan? Cuba kongsikan dengan Oh! Media bagaimana korang bertemu dengan pasangan korang? | Aliff Syukri Terlajak Laris

Posted by Oh! Media on Thursday, January 28, 2016

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas