Connect with us

Oh! Media

Bella Bertunang? Kejutkan Ramai Orang

Umum

Bella Bertunang? Kejutkan Ramai Orang

Aduh korang ni, belum apa-apa dan mengaku kalah. Bella Astillah masih solo la, masih ada peluang lagi ok. Kalau korang perasan, baru-baru ini Ohmedia ada kongsikan satu artikel yang mengatakan Bella akan rujuk semula bersama bekas suaminya Alif Aziz dan terbaru, tersebar pula 2 gambar menunjukkan Bella sedang menggayakan persalinan pengantin yang dimuat naiknya di Instagram.

ADVERTISEMENT

Lepas tu kecoh di media sosial, sampai ada yang mengatakan Bella akan bertunang. Dalam pada itu, ada juga yang peminat yang mengucapkan tahniah kerana gembira melihat ibu kepada Mohamad Ayden Adrean ini, sudah temui pengganti.

Foto itu sebenarnya sebahagian daripada babak drama Cinta Belum Tamat Tempoh arahan Jamal Khan yang saya jayakan. Jangan pula ada yang membuat spekulasi mengatakan saya sudah menemui pengganti. Bertenang… Saya masih solo. Saya selesa sendiri dan mahu terlebih dahulu menikmati fasa ini kerana tiada tekanan. tulisnya.



Haa, kan Ohmedia dah cakap, bawa bertenang semua. Untuk pengetahuan korang, Bella kini sedang berlakon untuk satu drama 16 episod yang menggandingkan Bella bersama Nafiz Muaz.

Memang pada awalnya, saya agak kekok berada di lokasi penggambaran kerana sudah lama tidak berlakon, apatah lagi membawa watak utama. Sebelum ini, saya hanya menjayakan watak pembantu, malah kali terakhir berlakon ketika zaman remaja dahulu. Tidak sangka, saya mendapat peluang untuk kembali mengasah bakat, katanya lagi.

Jadi, untuk korang yang sentiasa sokong Bella tu, boleh la tengok drama ni tak lama lagi dan yang acah-acah minat dan tak boleh move on tengok Bella dah nak kahwin tu, jangan risau lagi.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas