Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Syukur Disahkan Negatif Covid-19, Ulas Dakwaan Lagu Baru Mengenai Status Hubungan Dengan Aliff Aziz

Oh! Artis

Bella Astillah Syukur Disahkan Negatif Covid-19, Ulas Dakwaan Lagu Baru Mengenai Status Hubungan Dengan Aliff Aziz

Alhamdulillah! Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berusia 26 tahun rasa bersyukur apabila mendapati keputusan ujian saringannya adalah negatif Covid-19 selepas sudah beberapa hari beliau mengalami demam.

ADVERTISEMENT

Sebenarnya saya dah tiga, empat hari juga tak sihat. Tapi masa hari pertama rasa badan tak sihat, saya terus pergi buat pemeriksaan dan lakukan ujian saringan wabak Covid-19. Bimbang juga, kalau-kalau saya ada simptom wabak tersebut. Alhamdulillah, saya sudah dapat keputusan ujian dan saya disahkan negatif Covid-19. Selepas itu, saya ada bertemu doktor di klinik untuk periksa keadaan kesihatan saya. Doktor kata tekak saya merah dan sedikit bengkak. Mungkin disebabkan saya kurang minum air. Bibir saya pun jadi bengkak disebabkan ada ulser. Jadi, jangan risau saya hanya demam biasa sahaja.

Menurut laporan mStar, Bella juga mengulas dakwaan mengenai lirik lagu baharunya yang bertajuk Tenang seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan dengan bekas suaminya, Aliff Aziz sudah kembali pulih. Walau bagaimanapun, lagu tersebut tidak kena mengena dengan hubungan mereka tau!

Semua orang tahu keadaan saya sebelum ini pernah terluka tapi dalam masa yang sama apa yang terjadi mematangkan dan membangunkan semangat saya semula. Tapi lagu itu tak ada kena mengena dengan hubungan saya. Sama ada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi dan orang sendiri tak tahu bila kami berbaik. Bukan niat saya nak menipu, tapi saya belajar daripada kesilapan yang lalu yang selalu kongsi semua benda tentang peribadi di laman sosial. Jadi, saya lebih berhati-hati dan kurangkan kongsi pasal hal peribadi. Bukan waktu yang sesuai untuk umumkan apa-apa. Saya nak hormat kedua belah keluarga yang sudah berbincang dan kalau ada rezeki, InsyaAllah saya dan Aliff akan kongsikan.

OHMEDIA: KITA DOA YANG BAIK-BAIK BUAT MEREKA OKAY!

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas