Connect with us

Oh! Media

Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi Meninggal Dunia

47a5b0a7 4b1c 4bb7 87d5 159212be04c1png

Umum

Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi Meninggal Dunia

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “. Bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah semalam.
Dipetik dari Awani, menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.
Morsi, dipilih secara demokratik pada 2012 yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak. Beliau kemudian digulingkan selepas protes besar-besaran dan rampasan kuasa tentera pada Julai 2013 dan hanya sempat berkhidmat selama setahun, sementara itu, organisasi yang dipimpin oleh beliau, Ikhwanul Muslimin, telah diharamkan.
Pada 2018, tiga ahli parlimen British melaporkan bahawa Morsi dikurung bersendirian selama 23 jam sehari, dan hanya dibenarkan bersenam selama satu jam. Menurut mereka, cara Morsi dikurung boleh diklasifikasikan sebagai penyeksaan dan juga boleh menyebabkan kematian.
Morsi yang mempunyai masalah kesihatan termasuk kencing manis serta penyakit hati dan buah pinggang juga dilaporkan tidak menerima rawatan perubatan yang diperlukan.
Oh! Media : Maka dia dalam perjalanan menemui Tuhannya setelah bebas dirinya dari cengkaman musuh-musuhnya. Kami doakan agar dicucuri rahmat keatas dirinya dan dipermudahkan urusannya di sana. InsyaAllah.

Oh! Makan


IKLAN

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas