Connect with us

Oh! Media

Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas dan Cipta Rekod Dunia Di Rio

Ohmedia ziyad zolkeflijpg

Umum

Bekas Penjual Kuetiau Sumbang Emas dan Cipta Rekod Dunia Di Rio

Siapa sangka penyumbang pingat emas untuk negara di Sukan Paralimpik Rio De Janeiro, Brazil merupakan bekas peniaga kueh tiew di ibu kota suatu masa dahulu.

Muhammad Ziyad Zolkefli Othman yang baru sahaja mencipta rekod dunia terbaharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter sekaligus meranggul emas dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Ayah mana yang tidak berbangga dengan pencapaian luar biasa anaknya malah bersyukur kerana Muhammad Ziyad telah mengotakan janjinya untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarga.

“Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lalu, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya.

IKLAN

“Ziyad tidak suka menyusahkan orang. Beliau sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menjual kuetiau.

“Ziyad memang seorang anak yang tidak pernah putus asa dan rajin sejak zaman sekolah lagi. Ziyad memang suka kerja berat. Ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan, dia melakukan kerja bina rumah apabila cuti sekolah.”kata Zolkefli kepada Bernama.

Ziyad merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik dan meminati sukan sejak zaman sekolah rendah lagi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas