Connect with us

Oh! Media

Beg Merah Menyala Rosmah Jadi Tumpuan

Copy2bof2bcopy2bof2bw2bi2bn2ba2bt2br2bi2bp2bt2bopng

Umum

Beg Merah Menyala Rosmah Jadi Tumpuan

Teka-teki beg tangan mewah jenama apa yang bakal dibimbit bekas wanita pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terjawab.
Beg tangan jenama Versace Vanitas Demetra merah dilihat dibimbit seorang wanita yang dipercayai pengiringnya berjalan dibelakangnya memasuki pintu utama lobi bangunan ini.
Hasil carian di internet, harga tas itu dianggarkan bernilai US$700 (RM2,781)
Rosmah yang tiba kira-kira jam 10.43 pagi, mengenakan baju kurung biru corak rose lengkap berselendang dan sedondon dengan sepatu merah.
Isu tas tangan mewah yang bakal dibawa Rosmah menjadi bualan di laman sosial susulan kontroversi rampasan 284 beg tangan yang masih hangat diperkatakan.
Rosmah tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan jenis Mercedes-Benz tanpa polis pengiring namun ditemani anak perempuannya, Nooryana Najwa dan menantu, Daniyar Kessikbayev warganegara Kazakhstan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

IKLAN

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas