Connect with us

Oh! Media

Bazar Ramadhan Jalan TAR Dipindahkan ke Jalan Raja

Oh! Lifestyle

Bazar Ramadhan Jalan TAR Dipindahkan ke Jalan Raja

Operasi bazar Ramadhan yang kebiasaannya diadakan di Jalan TAR atau Jalan Masjid India pada tahun ini akan dialihkan ke Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

ADVERTISEMENT

Bazar Ramadhan itu juga akan beroperasi di sepanjang 0.2 kilometer dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar.

Susun atur petak-petak niaga telah diselaraskan dengan teratur bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di samping mengelak gangguan lalu lintas, katanya.

Namun, Pasar Malam Lorong TAR tidak akan dipindahkan buat masa ini dan cadangan pemindahan pasar malam itu dalam peringkat kajian dan persatuan penjaja akan dilibatkan dalam perbincangan mengenainya.

Nor Hisham berkata kios-kios yang dicadang dibina di sepanjang Jalan TAR adalah sebahagian daripada projek ‘Sungai Nadi Kehidupan’ (ROL), namun ia masih di peringkat kajian.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas