Connect with us

Oh! Media

Bapa Wan Kuzain Minat Beli Kelantan Dengan Syarat Selesai Hutang Lapuk

Umum

Bapa Wan Kuzain Minat Beli Kelantan Dengan Syarat Selesai Hutang Lapuk

Jika pasukan bolasepak Johor Darul Tazim (JDT) dimiliki oleh Tengku Mahkota Johor, pasukan Kelantan pula dikatakan telah menarik minat bapa kepada pemain bola sepak iaitu Wan Kuzain.

ADVERTISEMENT

Bapanya yang dikenali sebagai Wan Kamal itu menyatakan hasratnya untuk membeli pasukan bolasepak negeri Kelantan itu dan bersemangat untuk menaikkan semula. Tetapi ada syaratnya.

Saya sedia membeli pasukan tetapi hutang berkenaan mesti diselesaikan terlebih dahulu. – Tulis Wan Kamal di Twitter.

Ini pula respon dari Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang melihat ini satu peluang yang baik dan menganggap Wan Kamal sebagi wira untuk menyelamatkan nasib pasukan Kelantan yang dahulunya amat menggerunkan.

Hutang sebanyak RM4.5 juta akan tetap ditanggung oleh KAFA. Sekiranya bapa Kuzain berjaya membeli pasukan, dia akan menjadi pemilik penuh Kelantan FC dan dia tak perlu fikir mengenai hutang KAFA. Dia boleh tumpu sepenuhnya kepada kelab saja manakala KAFA akan beri fokus kepada pembangunan dan hutang lapuk untuk diselesaikan. Bak kata pepatah melayu ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’. Memang kehadiran dia tepat pada masa dan ia akan banyak membantu serta menyelamatkan pasukan Kelantan. – Kata Hussin yang dihubungi pemberita Arena Metro.

Pihak KAFA juga memaklumkan mereka tidak meletakkan nilai yang besar asalkan pemilik baru itu sanggup dan mampu mengambil alih pasukan kepada lebih baik.

Bagaimanapun, KAFA perlu meletakkan sedikit imbuhan secara royalti tahunan bagi membolehkan KAFA mengurus dan membayar hutang yang tertunggak.



Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang rasa idea pembelian ini terbaik di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas