Connect with us

Oh! Media

Bapa Nuri Nadhirah, Pelajar Yang Maut Dipatuk Ular Cerita Situasi Sebenar

Umum

Bapa Nuri Nadhirah, Pelajar Yang Maut Dipatuk Ular Cerita Situasi Sebenar

Pemergian kanak-kanak perempuan, Nuri Nadhirah yang meninggal dunia akibat dipatuk ular di sekolah menggegarkan masyarakat Malaysia.

ADVERTISEMENT

Nuri yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1 dikatakan telah dipatuk ular ketika berada di sekolah.

Semalam bapa Nuri, Ruslan Gazali tampil memberi penjelasan keadaan sebenar yang dilaluinya setelah menerima berita kematian Nuri. Malah Ruslan juga turut memuatnaik nota terakhir yang ditulis oleh Nuri.


“Alhamdulillah…
Kak Long dah selamat dikebumikan pada jam 10pagi tadi. Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yang banyak membantu dan memberi semangat..

Pasal cerita Kak Long hidup semula tu adalah salah faham sahaja. Kak Long dah disahkan tiada di Hosital Besar Kota Bharu petang kemarin lagi dan tiba di rumah sy pukul 6.30ptg kemarin. Lepas Maghrib jenazah dimandikan. Siap jenazah dimandikan, diangkat dan diletakkan diatas kain untuk dikafankan..

Masa nak letakkan jenazah kat atas kain kafan tu, dia tersedu 2 kali. Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang untuk panggil doktor datang check kat rumah untuk kepastian, walaupun kata hati dah rasa yang kak long dah tiada.. Sebelum doktor sampai, adalah 5, 6 org yang cuba tengok keadaan jenazah. Dalam 5,6 org tu adalah 1, 2 orang yang cakap jenazah masih ada cuma slok (koma).

Tak lama 1 group doktor sampai dan membuat pemeriksaan, mengesahkan jenazah dah tiada, tak lama kemudian sampai lagi 1group doktor sukarela dan berterusan group doktor sampai dalam 3 group. Semua doktor mengesahkan jenazah dah tiada dan saya sebagai bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lagi. Keadaan tersebutlah yg menimbulkan salah faham dan buah mulut yang direka-reka, maklumlah org yang hadir terlalu ramai beratus-ratus.

Memandangkan keadaan dah lewat malam, kami dipihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok (Rabu). Setakat hari ni, yang sy tahu ular yang patut kak long masih belum dijumpai di sekolah tersebut. Gambar ular yang diviralkan itu pun tidak benar hanya direka sahaja dan mintaklah buang gambar kat hospital yg muka diikat (sedih tgk) dan saya meminta semua rakan FB, perbetulkan cerita, janganlah ditokok tambah.

Cerita di sekolah dan hospital saya pun kurang pasti, disebabkan saya dr Kuantan pukul 12 tghari dan sampai Kota Bharu pukul 3.30 anak sudah meninggal. Saya juga belum pasti jenis ular yang mematuknya.

Mintak maaf kepada semua kerana tak sempat nak cerita perkara sebenar dan tak sempat nak layan call, whatsapp dan Fb malah terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak jabatan kerajaan yang sempat hadir ke rumah.

Saya sebagai manusia biasa ni, sedih lah jugak, dia lah seorang anak, dialah seorang rakan yang paling rapat dan saya lah tempat melayan cerita-cerita budak-budak nya. Sampaikan nama kawan-kawan dia kat sekolah pun saya ingat.. Tapi Allah lebih sayngg kan dia.

Sama-samalah kita terima Qadar dan Qadar Allah swt. Yang pastinya taman syurga menunggu mu anakku.. Kita semua yang belum pasti dimana-mana. Sama-sama lah berdoa untuk menuju ke jalan yang lurus, iaitu jalan org-orang yang beriman..” – Ruslan Gazali

OHMEDIA: PASTINYA ALLAH JANJIKAN YANG TERBAIK. DAMAILAH NURI NADHIRA, AL-FATIHAH.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas