Connect with us

Oh! Media

Bakal Isteri Zul Ariffin Memang Mengejutkan Orang Ramai, Korang Mesti Tak Percaya!

Umum

Bakal Isteri Zul Ariffin Memang Mengejutkan Orang Ramai, Korang Mesti Tak Percaya!

Tak lama lagi Zul Ariffin akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya yang bukan beragama Islam. Dah kalau jodoh dia, takkan nak menolak ya tak? Wait…sebelum tu sis pun sebenarnya tak tahu siapa bakal isteri Zul Ariffin. Hehehe korang janganlah marah sis.

ADVERTISEMENT

Nak berkahwin ni bukan boleh buat main-main ya? Jadi suami isteri memang kena pegang tanggungjawab yang sangat besar dan komitmen terutamnya ketua keluarga iaitu suami. Takkan lah isteri pula jadi ketua keluarga? Tu namanya suami takut bini. Ada sesiapa takut bini ke dekat sini?

Suami ni kena tegas sikit untuk mendidik seorang isteri dan juga membimbing isteri ke jalan yang benar. Cewah! Okay back to the topic, Zul Ariffin is actually tak nak terperangkap dah dengan perangai lama dia and dia tengah bekerja keras untuk mendapat kewangan yang stabil. Kalau kewangan tak stabil, susah lah gais bila dah berumahtangga nanti.

Saya tidak mahu pasangan teraniaya jika saya masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Begitu juga dalam soal lakonan, saya perlu lebih selektif bagi menghormati perasaan pasangan. Banyak pengorbanan perlu saya lakukan sebagai persediaan menjadi suami. Saya bukan jenis lelaki yang mengharapkan duit perempuan. Kalau boleh, saya mahu menyediakan kelengkapan rumah tangga dengan duit sendiri. Jadi, segala persediaan saya lakukan dari sekarang. Siapa gerangan bakal isteri, saya akan beritahu kelak. Tidak perlu berteka-teki kerana tiba masa saya akan perkenalkan kepada semua. Apa yang dapat dikatakan, gadis istimewa ini akan mengejutkan ramai. Saya pandang tinggi soal perkahwinan dan mahu melangkah ke alam rumah tangga dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadi, saya harus perbetulkan diri, termasuk menjauhi perkara yang tidak enak pada pandangan mata.

Dengar cerita Zul Ariffin akan membuat majlis akad nikah di Malaysia dan majlis resepsinya akan diadakan di Bali, Indonesia. Hmm adakah bakal isteri Zul tu berasal dari Indonesia? Tak apa gais, kita tunggu je nanti Zul Ariffin membuat pendedahan tentang siapa bakal isterinya. Fuh, tak sabar!

Untuk majlis resepsi, saya serahkan kepada pihak perempuan. Saya juga ada majlis perkahwinan impian, mungkin saya pilih Bali. Tidak perlu majlis besar-besaran, sebaliknya memadai bersederhana. Jangan bimbang, saya tidak akan berahsia mengenai hari bahagia.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Wayang


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas