Umum
Badal Haji Atau Infaq Untuk Arwah Lebih Utama?
Oleh

Soalan:
Datuk dan nenek saya sudah meninggal dunia dan mereka belum sempat untuk melakukan ibadat haji. Kami anak-anak dan cucu mereka ingin bertanya, mana lebih afdhal antara melakukan badal haji untuk kedua-dua arwah atau wang itu kami infaqkan atas nama mereka? Mohon penjelasan.
Jawapan:
Menjawab persoalan di atas, melakukan badal haji adalah lebih afdhal. Hal ini berdasarkan hadis Syubrumah, di mana diriwayatkan daripada Ibn `Abbas R.Anhuma, katanya:
ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ุณูู
ูุนู ุฑูุฌููุงู ููููููู : ููุจูููููู ุนููู ุดูุจูุฑูู
ูุฉู ุ ููุงูู : ู
ููู ุดูุจูุฑูู
ูุฉู ุ ููุงูู : ุฃูุฎู ููู – ุฃููู ููุฑููุจู ููู – ููุงูู : ุญูุฌูุฌูุชู ุนููู ููููุณููู ุ ููุงูู : ูุงู ุ ููุงูู : ุญูุฌูู ุนููู ููููุณููู ุซูู
ูู ุญูุฌูู ุนููู ุดูุจูุฑูู
ูุฉู
Nabi SAW mendengar seorang lelaki berkata: โAku menyahut seruan-Mu bagi pihak Syubrumah (ููุจูููููู ุนููู ุดูุจูุฑูู
ูุฉู).โ Lalu Nabi SAW bertanya: โSiapa Syubrumah?โ Dia menjawab: โSaudara lelakiku atau kerabatku.โ Rasulullah SAW bertanya: โSudahkah engkau menunaikan haji untuk dirimu?โ Dia menjawab: โBelum.โ Lalu Nabi SAW berkata: โTunaikanlah haji untuk dirimu dahulu. Kemudian barulah tunaikan haji untuk Syubrumah.โ [Riwayat Abu Daud (1811) dan Ibn Majah (2903)]
Begitu juga dengan beberapa hadith yang lain sepertimana hadith yang turut diriwayatkan daripada Ibn โAbbas R.Anhuma, katanya:
ุฃูููู ุงู
ูุฑูุฃูุฉู ู
ููู ุฌูููููููุฉู ุฌูุงุกูุชู ุฅูููู ุงููููุจูููู -ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู- ููููุงููุชู: ุฅูููู ุฃูู
ููู ููุฐูุฑูุชู ุฃููู ุชูุญูุฌูู ููููู
ู ุชูุญูุฌูู ุญูุชููู ู
ูุงุชูุชูุ ุฃูููุฃูุญูุฌูู ุนูููููุงุ ููุงูู: ููุนูู
ู ุญูุฌููู ุนูููููุงุ ุฃูุฑูุฃูููุชู ูููู ููุงูู ุนูููู ุฃูู
ูููู ุฏููููู ุฃูููููุชู ููุงุถูููุฉูุ ุงููุถููุง ุงููููููุ ููุงูููููู ุฃูุญูููู ุจูุงููููููุงุกู
Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: โSesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, namun dia tidak sempat menunaikan haji sehinggalah dia meninggal dunia. Apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?โ Jawab Baginda : โYa, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?โ Jawabnya: โYa.โ Sabda Baginda: โTunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.โ [Riwayat al-Bukhari (1754)]
Al-Mubarakfuri menyebut: โUngkapan โุญูุฌููู ุนูููููุงโ menunjukkan akan keharusan menunaikan haji bagi pihak si mati.โ (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/580)
Kami berpendapat, hendaklah dibadalkan haji untuk datuk dan nenek yang telah meninggal dunia apabila belum sempat melakukannya sebagai haji fardhu. Ini kerana Baginda SAW menyebut bahawa haji merupakan hak Allah SWT. Maka ia lebih utama untuk ditunaikan.
Jawapan di atas jelas menunjukkan betapa hutang Allah seperti haji hendaklah dilaksanakan oleh waris jika berkemampuan. Nas hadis menunjukkan apa yang kami maksudkan, antaranya daripada Abdillah bin Buraidah, daripada bapanya R.A, katanya:
ุจูููููุง ุฃูููุง ุฌูุงููุณู ุนูููุฏู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุฅูุฐู ุฃูุชูุชููู ุงู
ูุฑูุฃูุฉู ููููุงููุชู : ุฅููููู ุชูุตูุฏููููุชู ุนูููู ุฃูู
ููู ุจูุฌูุงุฑูููุฉู ููุฅููููููุง ู
ูุงุชูุชู ููููุงูู : ููุฌูุจู ุฃูุฌูุฑููู ุ ููุฑูุฏููููุง ุนููููููู ุงููู
ููุฑูุงุซู ุ ููุงููุชู : ููุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ุ ุฅูููููู ููุงูู ุนูููููููุง ุตูููู
ู ุดูููุฑู ุฃูููุฃูุตููู
ู ุนูููููุง ุ ููุงูู : ุตููู
ูู ุนูููููุง ุ ููุงููุชู : ุฅููููููุง ููู
ู ุชูุญูุฌูู ููุทูู ุฃูููุฃูุญูุฌูู ุนูููููุง ุ ููุงูู : ุญูุฌููู ุนูููููุง
Ketika kami duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba ada seorang wanita datang dan berkata: โSaya telah sedekahkan hamba untuk ibuku yang telah meninggal.โ Baginda bersabda: โEngkau mendapat pahala dan dikembalikan kepada engkau mirathnya.โ Dia kemudian bertanya: โWahai Rasulullah, sesungguhnya dia ada (tanggungan) puasa sebulan, apakah saya perlu tunaikan puasa untuknya?โ Beliau menjawab: โTunaikanlah puasa untuknya.โ Dia bertanya lagi: โSesungguhnya beliau belum pernah melaksanakan haji sama sekali. Apakah perlu saya hajikan untuknya?โ Baginda menjawab: โLaksanakanlah haji untuknya.โ [Riwayat Muslim (1149)]
Imam Nawawi berkata: โJumhur berpandangan bahawa menggantikan haji adalah dibolehkan ke atas mayat serta orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Al-Qadhi Iyadh juga telah memberi pendapat yang berlainan dalam mazhabnya iaitu mazhab Maliki.โ (Lihat Syarh al-Nawawi โala Sahih Muslim, 8/27)
Al-Hafiz Ibn Hajar pula menyebut: โMereka yang menyebut keharusan mengganti haji bersepakat bahawa tidak memadai pada haji fardu kecuali bagi yang mati atau sakit terlantar kerana lumpuh. Oleh itu, perkara ini terkecuali kepada orang sakit kerana adanya harapan untuk sembuh, tidak juga orang gila kerana ada harapan untuk pulih, tidak juga orang yang dipenjara kerana ada peluang dibebaskan serta tidak juga orang miskin kerana boleh jadi dia akan kaya.โ (Lihat Fath al-Bari, 4/70)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan di atas, melakukan badal haji adalah lebih afdhal berbanding melakukan infaq untuk kedua-dua arwah. Hal ini sepertimana kata ulama:
ุฅููู ููุถูุงุกู ุงูุณูููููุฉู ุณููููุฉู ููู
ูุง ุฃูููู ููุถูุงุกู ุงูููุงุฌูุจู ููุงุฌูุจู
โSesungguhnya, mengqadha yang sunat itu hukumnya sunat sebagaimana mengqadha yang wajib itu hukumnya wajib.โ (Lihat Ithaf Zawi al-Basa’ir bi Syarh Raudhah al-Nazir, 2/264)
Walaubagaimanapun, infaq juga mempunyai kelebihan dan keutamaannya tersendiri. Kami syorkan agar laksanakan badal haji dan jika mempunyai lebihan harta, bolehlah sedekah atau wakaf bagi pihak si mati.
+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!
