Connect with us

Baca Al-Fatihah Secara Berbisik Ketika Solat. Apakah Hukumnya?

Umum

Baca Al-Fatihah Secara Berbisik Ketika Solat. Apakah Hukumnya?

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada antara kita gemar membaca surah Al-Fatihah secara berbisik ketika solat. Jadi, adakah sah solatnya?

JAWAPAN 

Dalam sembahyang ada bacaan yang wajib yaitu rukun qauli dan ada bacaan yang sunat yaitu takbir intiqalat dan doa iftitah dan tasbih dan selawat.

Sama ada bacaan itu yang wajib atau yang sunat disyaratkan hendaklah mengeluarkan suara yang boleh didengar sekurangnya pada telinga sendiri.

Berkata Imam Nawawi :

وَأَدْنَى الْإِسْرَارِ أَنْ يسمع نفسه إذا كان صحيح السَّمْعِ ولا عارض عند من لغط وَغَيْرِهِ وَهَذَا عَامٌّ فِي الْقِرَاءَةِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّسْبِيحِ فِي الرُّكُوعِ وَغَيْرِهِ وَالتَّشَهُّدِ وَالسَّلَامِ وَالدُّعَاءِ سَوَاءٌ واجبها ونفلها لا يحسب شئ مِنْهَا حَتَّى يُسْمِعَ نَفْسَهُ إذَا كَانَ صَحِيحَ السَّمْعِ وَلَا عَارِضَ 

Artinya : “Sekurang-kurang perlahan ialah memperdengarkan akan dirinya apabila dia elok pendengaran dan tiada gangguan bunyi bising dan lainnya. Ini umum pada bacaan dan takbir dan tasbih pada rukuk dan lainnya dan tasyahud dan salam dan doa samada yang wajibnya dan yang sunatnya tidak dikira suatu daripadanya sehingga dia memperdengarkan akan dirinya dan tiada gangguan.” (Kitab Al-Majmu’)

Maksud tiada gangguan ialah tiada bunyi bising yang jika ditakdirkan tiada bising maka jadi dengar suaranya dan jika ada bising tiada dengar suaranya.

Kesimpulannya

Jika yang dimaksudkan dengan bacaan fatihah berbisik itu jelas sekelian hurufnya pada telinga sendiri maka sah ia dan sah solatnya.

Dan jika dimaksudkan dengan berbisik itu hanya menggerakkan bibir dan tiada jelas keluar suara dan bunyi huruf maka bacaan seperti ini adalah tidak sah dan tidak sah solat dengan bacaan tersebut.

Wallahua’lam 

Kredit : Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca baca al-fatihah secara berbisik ketika solat. apakah hukumnya? di Facebook Oh! Media

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top