Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan Hina Semua Bazar Ramadhan Sebagai Sampah” – Azwan Ali

Umum

“Saya Bukan Hina Semua Bazar Ramadhan Sebagai Sampah” – Azwan Ali

Sebut sahaja nama Azwan Ali, agaknya apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang? Diharapkan yang baik-baik sahalah ya! Baru-baru ini semua pun tahu tentang isu penghinaan Azwan Ali kepada Bazar Ramadhan hingga menyamakan Bazar Ramadhan sebagai “Sampah”.

ADVERTISEMENT


BACA: Azwan Ali Hina Juadah Bazar Ramadhan Sebagai Sampah


Agaknya apa yang membuatkan Azwan bertindak begitu?

Saya beli murtabak yang basi itulah yang membuatkan saya tweet sebegitu,” jelas Azwan Ali apabila diminta memberi penjelasan akan tindakannya di Twitter itu. Apabila ditanya mengapa menyamakan Bazar Ramadhan dengan sampah, Azwan mengatakan yang dia tidak mengatakan semua tetapi hanya segelintir.

Juadah itu saya menggunakan perkataan most pergi translate jadinya kebanyakan. Ada ke saya kata semua bazar? Yang nak mengamuk dekat saya tu kenapa? Siap hantar dekat PM semua tu, dan ada yang suruh polis tangkap saya, apa salah saya?” ujarnya sambil berseloroh.

Apabila ditanya dengan pelbagai ugutan yang diterimanya dan pengalaman murtabak basi yang dibelinya di Bazar Ramadhan sebelum ini, adakah Azwan Ali akan terus berkunjung ke Bazar Ramadhan selepas ini?

Jangan ingat saya maki bazar A, saya maki seluruh bazar. Walaupun saya diugut kononnya apabila berjumpa dengan Azwan Ali di bazar akan dicincang, dibelasah ramai-ramai saya tidak takut, jumpalah saya di bazar Ramadan TV9 Sabtu ini. Tuhan menjaga saya,” katanya sinis.

 Azwan juga sempat meminta maaf di jika kata-katanya di Twitter terlalu kesat hingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Saya sudah minta maaf sebelum ini dan saya tahu bahawa bahasa saya sungguh kesat, dan pada hari bertuah ini bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Astro saya telah meminta maaf takkanlah saya nak ulang lagi dan sekiranya masih berdendam saya tak boleh nak buat apa dan saya akui ia lancang tetapi saya pertahankan bahawa kenyataan-kenyataan saya itu benar belaka dan mempunyai fakta,” ujarnya yang juga bakal mengerjakan ibadah umrah untuk kali ketujuh pada 21 Julai sehingga 3 Ogos depan.

Mungkin Azwan Ali perlu menapis setiap apa yang ingin diluahkan agar maksud yang sebenar itu dapat sampai kepada orang lain dengan baik dan mudah. Lebih-lebih di bulan Ramadhan ni, kawal kemarahan tu sikit ya.

OHMEDIA: RINDU AZWAN ALI YANG GAGAH PERKARA DI TV3 DI ZAMAN MUDA-MUDANYA DAHULU. HANDSOME BAQ HANG! TAK PERLU NAK DIVA SANGAT OIII.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas